Wednesday, November 21, 2007

Butet

Butet: Ko duk dendiam jap, aku nak amik gambo nih
Aku: Jap.. aku nak kontrol ayu.


Nih member aku dari sekolah menengah. Kami duk sekelas (meja sentiasa sebelah menyebelah) dari form 2 sampai lah kami form 6 kat SMSA. Paling tak dijangka bila kami dapat tawaran masuk universiti yang sama sedangkan masa apply tu kami decided tanak mintak tempat yang sama. Lebih menarik lagi bila course yang kami ambil pun sama.. even kolej kediaman kami pun bersebelahan (dia Pernas, aku Proton). Masuk tahun nih, dah 15 tahun kami berkawan. Aku panggil dia Butet. Nama sebenar, tak leh cakap arr.

Aku grad lebih awal dari Butet sebab aku suka ambil credit hours melebihi jumlah maksimum setiap semester. Lepas grad, aku lost contact dgn dia sekejap. Maklum lah masa tu aku tengah struggle nak bina life kat KL nih. Butet pun bz dgn final semester dia.

Setahun lepas tu aku contact dia balik. Dia dah jadi cikgu. Mengajar budak sekolah rendah kat MT. Alhamdullilah.

Teringat zaman sekolah dulu, masa first time aku tegur Butet kat padang perhimpunan SMSA. We didnt really get along masa tu, even sampai sekarang aku tataw macam mana kami boleh rapat. Padahal kalau nak dibandingkan dgn Butet, aku jauh lebih agresif & suka melawan. Butet pulak jenis pemalu & skema.

Masa form 2, baru kami duduk sekelas. Itupun lepas aku kena tendang dari kelas A ke kelas B sebab result aku teruk.. haha (masa nih banyak family problem). Form 2 aku selalu ponteng sekolah. Masa nih life agak teruk sebab kena pikul tanggungjawab besar sejak bapak bawak kami adik-bradik pindah umah. Aku kena jadi mak - masak, basuh baju, kemas umah untuk adik-adik. Tambah pulak bila aku berkawan dgn member yg memang tak minat belajar. Lepas kenal dgn Butet baru aku jadi rajin ke sekolah.

Masa form 3, Butet selalu cerita tentang abang dia yang belajar kat UKM masa tu. Dia selalu cakap betapa dia bangga dgn pencapaian abang dia dan dia nak berusaha keras untuk pastikan dia lulus dalam pelajaran dan masuk universiti. Dia siap tampal gambar konvokesyen abang dia kat meja sekolah. Semangat Butet buat aku kagum. Dalam diam aku turut simpan cita-cita nak masuk universiti jugak.

Form 4, bila result PMR keluar, cikgu suruh semua student pegi kantin - ada briefing tentang pembahagian kelas untuk masuk form 4. Kata cikgu, kami boleh pilih nak masuk mana-mana kelas ikut keputusan PMR kami. Masa tu ada empat kelas - sains tulen, sains teknologi, ekonomi dan last sekali sastera. Result aku membolehkan aku masuk kelas sains. Result Butet tak berapa ok. Dia terpaksa masuk kelas ekonomi. Sedih Butet bila kami berlainan kelas. Aku pulak tak sampai hati nak tinggalkan dia.. aku mintak cikgu tukarkan aku supaya sekelas dgn Butet.

Form 5, ada krisis antara aku dgn Butet. Semua bermula dgn kedatangan student baru dari Perak ke kelas kami. Tak ingat nama dia, tapi rupa dia aku ingat sampai sekarang. Biar aku namakan Haida. Haida nih anak tunggal. Tinggal dgn mak dia je sebab parent dia dah bercerai. Sejak Haida ada, Butet jarang bercakap dgn aku. Study pun dah tak sesama. Even meja aku yg sepatutnya sebelah meja dia ditukar dgn meja Haida. Sedih sey taim nih. Aku marah sangat kat Haida. Marah dalam hati je lah. Masa first day SPM start, Haida ajak aku pegi rumah dia sementara nak tunggu paper seterusnya yg start sebelah petang. Aku setuju. Teringin pulak nak tengok kenapa Butet lebih pentingkan Haida dari aku. Bila sampai rumah sewa Haida, terkejut aku tengok mak Haida yg lumpuh seluruh badan. Haida lah yang prepare makan minum dan tukar pampers mak dia. Kata Haida, mak dia lumpuh sebab nak selamatkan dia yang still baby lagi masa eksiden - Bapak dia yg drive keta tu, mak dia duduk kat belakang dukung Haida. Tulang belakang mak dia patah dan terus lumpuh sampai sekarang. Lepas eksiden, bapak Haida ceraikan mak Haida & kahwin lain. Nenek Haida pulak selalu marah dan cakap Haida nih pembawa malang sebab buat anak dia (mak Haida) lumpuh. Sedih aku dengar cerita Haida. Start dari hari tu aku dah tak kisah kalau Butet tak berkawan dgn aku sebab Haida. Biarlah, bagi aku, Haida lebih memerlukan kawan dari aku.

Form 6 (Lower), result SPM keluar. Aku dapat 1st Grade 20 Agrd. Alhamdullilah. Bangga lah jugak walaupun agregat tu hampir sampai ke hujung. At least aku berjaya gak dapatkan Gred 1 walaupun tahun tu aku dilanda dugaan yang sangat berat (aku kehilangan arwah mak untuk selamanya). Aku dapat offer buat Diploma TESL kat UPM. Butet? Dia dapat Gred 2. Tak pasti mana silapnya sampai result dia jadi mcm tu. Aku pujuk Butet masuk form 6, tapi dia malu (zaman aku dulu orang selalu pandang rendah mereka yg masuk form 6). Aku cakap kat dia form 6 tu satu-satunya cara terakhir untuk dia capai impian dia. Aku siap janji nak stay dan temankan dia masuk form 6 sesama. Aku tolak tawaran UPM dgn alasan TESL tak boleh bawak aku pergi jauh. Masa tu mind set aku duk fikir kalau amik TESL, bidang kerja aku hanya dalam bidang pendidikan je lah. Aku tak minat.

Form 6 (upper), aku dgn Butet buat studygroup. Ada tiga orang kawan lain turut join study group kami setiap malam (Nazry, Khidir & Ronny dari sekolah SGB). Sebelah siang, pulak lebih ramai lagi student for 6 yang join sama. Lebih 10 orang! Seronok gila. Aku tak penah rasa enjoy sampai mcm tu bila study. Yang paling membanggakan, bila result STPM keluar, semua pelajar yang join study group kami berjaya masuk universiti! Rasanya nih kenangan paling manis masa zaman sekolah dulu.

UUM pulak.. err.. panjang pulak cerita aku kali nih. Sambung lain kali lah. Aku cuma nak cerita tentang Butet je. Tentang macam mana dia ubah persepsi aku terhadap cita-cita dan pelajaran.

No comments: