Semlm, pukul 2.00 ptg aku dah keluar dari KGPA. Tournament habis awal. Nak masuk opis, rasa macam malas pulak. Terus gerak balik umah. Lagipun aku bajet nak basuh baju yang bertimbun kat umah tu. Bukan baju aku, tapi baju adik-adik aku yang ramai kat umah tu. Sekarang nih kan musim cuti semester / sekolah, tu yang ramai melepak kat umah aku.
Lepas membasuh, mengemas pulak. Aku kerah adik-adik semua mengemas sama. Geremm gak dengan derang nih. Tau lah cuti, kemain lagi enjoynya. Bangun tido, bukan tau kemas bantal selimut, terus bukak tv. Tengahari sampai ke malam pulak menghadap internet. Cari citer Naruto la.. cari lagu la.. bukak youtube la.. cemacam lagi.
Malam tadi tak masak. Lauk tom yam banyak lagi. Lagipun lauk pauk yang aku tapau dari KGPA dah terlebih banyak pulak; ada ayam masak gajus, filet ikan masak sos, daging masak halia dengan sayur campur. Banyak kan? Alhamdullilah, rezeki adik-adik aku.
Aku demam kekura sekejap malam tadi. Sebenarnya aku tak boleh tidur bawah kipas yg dipasang dengan laju (kipas siling). Nanti tetiba je selsema & susah nak bernafas. Nasib baik aku terjaga. Bangun jap slowkan kipas, pastu pegi bilik adik lelaki aku - amik selimut. Masa tengah teraba-raba dalam gelam cari selimut, adik lelaki aku tegur. Tak tido lagi rupanya. Dia panggil aku duduk sebelah dia - cerita tentang problem dia. Kesian adik no.3 nih. Layan berbual sekejap.. tup tup.. aku tertido terus sebelah dia sampai subuh. Mesti adik aku bercakap sengsorang malam tadi. Kesiannyaaa... Bangun pagi tadi aku tengok dia dah terhimpit ke dinding.. huhuhu.. dah lah tilam bujang, tido sampai dua orang.. isk.
Esok dah start bulan last (Disember) untuk tahun 2007 nih. Kejap betul kan masa berlalu sekarang nih. Biasanya bila sampai bulan Disember setiap tahun, aku akan fikir balik apa benda yang aku dah buat untuk sepanjang tahun tu. Memang susah nak ingat, tapi nasib baik ada blogspot nih. Boleh aku belek baca semua perkara yg jadi kat aku. Kira macam tengok flashback drama live kita sendiri lah. Alhamdullilah, sekurang-kurangnya, tahun nih aku tak habiskan dengan perkara yang sia-sia. Ada jugak improvement dari segi taraf hidup, personal live & income. Korang sendiri macam mana? Still kat takuk lama atau dah ada peningkatan? Hahh jawab.
Perasan tak untuk tahun 2008 nanti, kita akan sambut tahun baru sebanyak TIGA kali dalam setahun? Pertama, 1 Januari. Kedua, Maal Hijrah 1429. Dan yang ketiga, Maal Hijrah 1430. Menarik kan? Merasalah korang buat azam tahun baru sebanyak tiga kali dalam setahun! Kan?
Hm.. nak ajak mamoru pegi lunch, tapi lupa pulak hari nih hari Jumaat. Hik.
No comments:
Post a Comment