KENGKAWAN

Tuesday, November 06, 2018

Bunga favourite

Bunga Tanjung, Kenanga, Cempaka & Melur

Dulu masa kecil, bunga2 ni semua banyak nenek tanam keliling rumah. Yang tumbuh meliar pun banyak. Pokok2 bunga ni semuanya jenis tumbuh meninggi pokoknya. Kadang tu, sampai kena panjat pokok kalau nak petik bunga. Bukan macam pokok2 bunga hiasan yang selalu kita jumpa depan rumah. Kadang, tak nampak macam pokok bunga pun sebab besar bebenar pokoknya. Bunganya pula terselindung sebalik daun dan dahan. Cuma bau bunganya, masyaAllah wangi sangat.

Sekarang dah susah nak jumpa pokok2 bunga ni semua. Nenek pun dah beralih arah tanam pokok2 bunga yang renik dan senang dijaga. Lagipun pokok2 bunga ni banyak sangat daun. Penat nak menyapu, kata nenek. 

Bunga2 ni sentimental sangat pada aku. Kalau orang kasi sekuntum pun dah cukup hepi mengalahkan dapat sejambak bunga rose πŸŒ»πŸŒΈπŸŒΊπŸŒΉπŸŒ·πŸ’

Bunga cempaka. 
Kalau pergi hospital Sg. Buloh, ada beberapa batang pokok bunga ni ditanam kat sana. Dekat dengan kafe hospital. Aku suka petik sekuntum dua letak dalam kereta. Wangi sangat.

Bunga kenanga.
Dah susah nak jumpa. Bunga ni dari putik warna hijau lagi dah wangi. Bila warna bertukar jadi kuning laaaggggii wangi. 

Bunga melur
Yang ni senang dicari. Kalau pegi kat gerai2 orang India jual bunga, mesti ada (putik bunga). Alu suka yang kembang. Tapi kadang2 aku beli juga. Yang dah diikat kemas untuk hiasan rambut. Aku beli letak dalam drawer ofis. Wangi..

Bunga tanjung.
Lagiiiii susah nak jumpa. Wangi sangat baunya. 
Teringat lagu Allahyarham Sharifah Aini (penyanyi asal Saloma) bila fikir tentang bunga ni. Klasik. 

Bunga melati.
Melati ni ada macam2 bentuk dan jenis. Yang nenek tanam dekat tepi kui bunga dia besar dan kelopak dia seakan rose. Wangi sangat. Cuma bunga ni semut suka. Aku jarang petik sebab dalam kelopak dia bersemut. Adik2 lelaki aku suka petik dan buat main macam chapteh. Tau chapteh? Main sepak2 tu.. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...