KENGKAWAN

Thursday, November 29, 2018

Sekejap je dah weekend..

..mana tak rasa sekejap, masuk keje hari Rabu, memang la kejap je dah nak weekend semula 😋

Pagi tadi pukul 4.30 pagi dah start berlari. Dalam bulan ni, asal tepat pukul 4 pagi je badan aku auto-terbangun.

Best lari waktu pagi compare dengan time malam. Best sebab badan rasa fresh je bila pegi keje dan bila balik keje, boleh spend masa dengan anak2 tanpa risau nak pergi berlari malam2.

Pagi tadi ada geng teman masa lari. Ada sorang uncle Cina selalu exercise pukul 5 pagi - brisk walk. Tapi pagi tadi, dia cuba ikut aku berlari. Dia kata dia tak pernah lari tapi dia nak cuba coz dia suka tengok aku lari pagi2. Kebetulan masa tu aku dah complete 9 km. Tinggal nak cooling down lagi 1km, so aku slow kan pace biar uncle tu selesa berlari sebelah aku. Tak sampai 500 meter, uncle tu give up.. ala kesian dia. Maybe easy pace aku tak cukup easy untuk dia.. tskk.

Malam ni nak cuba upload gambar2 masa cuti2 aritu. Banyak gambau nak upload ni.. harap tak tertido awal. 😂😂

Ni masa kat dalam movie 3D kat Legoland. Lengang je tempat ni. Selalu tu penuh umat. Kami pergi Legoland hari Isnin & Selasa. Ingatkan ramai orang time cuti2 sekolah ni, sekali tak ramai pun. Maybe baru awal2 cuti kot. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...