KENGKAWAN

Thursday, November 15, 2018

Musim tengkujuh

Masih belum reda lagi musim tengkujuh. Aritu boleh predict lagi bila hujan turun. Kadang tu kalau hujan sebelah petang, memang petang je lah hujan turun. Kalau pagi, berlarut seminggu hujan sebelah pagi.

Sekarang, tak kira pagi dan petang. Kadang pagi membawa ke petang. Tak pun bersambung dari petang ke subuh esoknya.

Hujan bawa rahmat kan.. bawa rezeki 🌦️💐

Memandang hujan tak menentu, training pun tak menentu juga lah nampaknya 😂😂

Petang tadi kemain bersemangat nak balik rumah. Nak training. Berkejar2 pi fetch kiddos. Bila cuaca makin mendung plus kilat petir, hati mula rasa risau. Semalam dah skip lari.. tsk.

Tetiba teringat something, aduyaiiii, bukan ke aku dah lari subuh2 buta tadi? Nak lari malam ni lagi, dah kenapa. Haish.

Seriously pelupa tiba2 hari ni. Maybe sebab kepala duk fikir pasal keje je arini. Minggu ni busy sampai tak keluar lunch langsung. Tadi pun ntah berapa kali keluar masuk meeting. Sampai kerja aku tak siap. Email sampai nak termuntah baca. Beratus2 dalam inbox!

Nope, Im not complaining. I do love my job. Banyak perkara baik jadi sejak awal tahun 2018 ni. Syukur sangat. Dan towards end of this year things just get even better. Alhamdullilah.

❤️❤️❤️❤️❤️

Easy run pagi tadi. Dah lari 7km boleh tak ingat acaner? Abaikan heart rate yang tak pernah accurate since guna wrist HR. I miss my HR chest strap

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...