KENGKAWAN

Thursday, January 18, 2018

Bekerjalah kita sekuatnya

Pagi tadi buat recovery run dari Menara Maybank ke KWSP jalan Raja Laut. Tunggu Grab tak sampai2, so pasrah je lah akak berlari dengan baju kurung ke sana.

Catatan rekod terbaik. Kurang dari 10 minit dah sampai KWSP. Tak tahu lah guna pace berapa tadi.. hihi. Masuk bilik meeting, dah ramai orang. Luckily, ada beberapa wakil Bank lain belum sampai. Kalau tak, malu la akak. Kena jaga standard company as the leading bank in Malaysia.

Hari ni akak ada meeting untuk full force implementation online EPF withdrawal starting 2019 nanti. Nak kena buat system enhancement to cater volume of submission.

Actually sekarang pun customer boleh buat online withdrawal untuk housing loan mereka cuma mereka still ada choice untuk buat secara manual di kaunter. Dan tak semua bank dalam Malaysia provide service ni. By 2019 nanti, no more manual submission lagi tau. Dan all banks have to participate in this initiative. No more exception.

Orite, nak lunch. Lapau. Minggu ni ada long run kat Twincity. Akak run slow2 ja. Still in recovery mode. Target 21km in 2:15.. hihi

Dapat souvenir dari EPF 😊😊

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...