Ariff request, "mommy boleh cuti lari satu hari?"
Aku pandang wajah dia yang tengah baring atas pangku aku.
"Kenapa sayang? Ariff tak suka mommy training?"
"Saya suka. Tapi malam ni saya nak duduk dengan mommy lama sikit. Nak mommy garu belakang saya." ( Memang dari dia baby aku akan garu belakang dia sampai dia tertidur sambil zikir).
"Ok sayang. Anything for you. Malam ni mommy tak pergi lari."
Tersenyum Ariff dengar aku tak jadi pi lari.
***********
5 minit lepas tu.
Tengah syok2 usap kepala Ariff, dapat call dari pusat tuisyen.
Adoi, macam mana boleh lupa Ariff & Amarr ada tuisyen setiap malam khamis & jumaat.
Ikutkan nak je pontengkan diaorang malam ni. Tapi tengok Ariff & Amarr macam excited pula nak pegi. Aik. Tadi masing2 macam kucing parsi duduk depan tv sampai tanak berganjak dan tak kasi mommy pegi lari.
Mamoru pun sokong kiddos pegi. Kesian kat cikgu yang dah tunggu kat pusat tuisyen. Kiddos ambil VIP kelas (personal one-to-one session dengan cikgu. Dua jam sehari, dua hari seminggu).
Kalau kiddos tak pergi tuisyen, kesian pulak kat cikgu yang dah bersusah payah redah hujan semata nak pegi mengajar. Sure cikgu terpaksa balik rumah semula kalau kiddos tak datang.
Pusat tuisyen yang Ariff & Amarr pergi ni, semua tenaga pengajar adalah cikgu dari sekolah kebangsaan berhampiran.
So far alhamdullilah kiddos suka pegi tuisyen kat sini. Pasni nak kosentret kat kelas al-quran kiddos pulak. It will be my personal achievement kalau kiddos dapat khatam quran sebelum habis sekolah rendah. Lagi awal lagi bagus ❤️
Orite... Nak pi lari. Kiddos takde. Kira tak pakai lah janji tadi kan? For sure aku akan habis lari sebelum depa habis tuisyen hihi..
No comments:
Post a Comment