Waj’alhulanna Imaaman Wa Nuuran Wa Huda Wa Rohmah
Allahumma Dzikkirna Minhu maa Nasiiha
Wa’allimna Minhu maa Jahiilna
Warzuqna Tilaawatahu
Aana Al Laili Wa Aana An Nahaari
Waj’alhulanna Hujjatan
Yaa Rabbal ‘Alamin
Day 6 berbuka kat hospital.
Hari ni first time berbuka berdua dengan Aleesya tanpa Mamoru & kiddos. Berbuka sambil video call dengan Mamoru & kiddos. Suka Aleesya makan menghadap henfon tengok muka daddy & abang2 dia.
Mamoru kerja arini. Kiddos pula balik sekolah lewat petang. Memang tak sempat lah nak ke hospital berbuka sama.
Aku berbuka dengan makanan hospital & buah-buahan je. Share dengan Aleesya. Malas nak turun lobby beli makanan. So makan apa yang ada.
Sekejap tu adik lelaki no.2 & sil Ida datang melawat bawa lauk asam pedas ikan tenggiri, sotong goreng tepung (with salted egg) + nasi beras wangi yang dimasak oleh adik lelaki no.3 & sil Sue. Murah rezeki. Sedapppnyaaa makan lauk homemade!!! ❤️
Alhamdullilah.
Masih disini.
Turn mommy pula ambil cuti hari ni.
Banyak masa terluang. Coz Aleesya mostly spent her time with sleeping. Penat sangat agaknya bergaduh & menjerit setiapkali nurse datang bagi ubat.. huhu.
So, guna masa & peluang yang ada ni sebaiknya. Ramadhan pun tinggal 2 minggu je lagi. Banyak benda berfaedah yang perlu dikejar selain dari create IG semata untuk mengeji, mengumpat, mengaib, mengadu domba & mengugut.. #moveon #pakudulangpakusepih #ilovemyfamilytoo #spreadlovenothate #husnuzonsesamamanusia #yesAllahswtknows #sowhyworried
Oh btw, this weekend ada long run dengan SAC lagi. This week aku kena lari 30km (last week 28km as per SAC schedule). Saja nak inform. Kot la nak bagi pahala free lagi.
Eh tersyasul. Tak ini bukan mengumpat. Kalau mengumpat, kena set blog ni as private gitu. Ini nasihat je. Dan jangan risau, aku bukan pendendam macam kau. Aku dah maafkan semuanya.
Semoga Tuhan jauhkan aku dari perasaan iri hati dan hasad dengki orang lain terhadap aku dan aku terhadap orang lain. Amin.
Lately entry banyak 'throwback2' je.
Akak busy. Dengan nak manage 3 orang anak (sorang tengah sakit pula), dengan kerja ofis yang takkan habis, dengan training lari yang asyik tak cukup mileage, etc.
Akak takde masa nak update berpuluh2 status atau entry dalam sehari. Kadang wonder macam mana orang lain boleh ada masa sebanyak tu menghadap internet. Maybe diaorang lebih bijak manage masa kut. Akak tak bijak camtu.
Semalam, hari ke 5 berbuka kat hospital. Menu paling simple. Syukur anak2 & Mamoru tak komplen. Makan je apa yang ada. Still kenyang juga. Malah berlebih.
Perkara paling best yang jadi semalam bila dapat call dari ayah. Bercerita tentang jagung dia yang gemuk2 dan meriah tumbuh sebab sekarang musim hujan. Senang keje ayah musim hujan ni tak payah siram kebun dia. Jimat tenaga. Cuma ayah komplen rumput pun turut panjang dan subur juga lah.. huhu. Nak meracun tak boleh sebab hujan. Nak mesin pun tak boleh sebab batas jagung dekat2. Nak cabut? Mau sakit pinggang ayah sebab kebun tu besar dan luas.
Ayah bagi tahu, orang kampung dah mula tebang buluh lemang. Ayah cakap, kalau aku jadi nak buat lemang tahun ni, ayah nak pegi tebang buluh kat belakang rumah nenek siap2. Takut buluh yang cantik2 habis ditebang orang lain. Raya pun tak sampai 2 minggu je lagi. Dah siap tebang nanti, rendam dalam air. Takde lah buluh rosak katanya. Aku ikut je cadangan ayah. Dia lebih arif pasal buluh. Aku just tau prepare bahan2 untuk buat lemang je.
Adik2 aku semua dah pakat2 amik cuti dua tiga hari awal sebelum raya. Nak mendodol, melemang, merendang, memBBQ segala bagai kata depa. Masing2 dah bahagi tugas. Tinggal nak buat collection je untuk barang2 dapur. Meriah lah rumah ayah nanti.
Haish.
Apa2 pun, harap Aleesya boleh discharge minggu ni. Semangat mommy dah takde kat KL ni. Nun jauh bersama ayah dan buluh lemangnya.. haha.
Day 5 kat hospital
Doktor Azam tak bagi balik lagi. Aleesya punya white blood cell still tinggi. Menurun tapi still tinggi.
Masa mula2 admitted Jumaat lepas WBC Aleesya 22.00. Semalam baru turun 14.00. Untuk usia Aleesya, normal WCB sepatutnya 12.00.
Demam pula still on off. Plus semalam start batuk pula. Dan dia tak selesa bernafas guna hidung. Minum pun sekarang nak direct breastfeed je.
Cuma alhamdulillah, urin test ok dan muka Aleesya dah tak bengkak & sembab lagi.
Hari ni baru dapat upgrade bilik single. Selesa sikit nak breastfeed. Ariff amarr nak bergendang dalam bilik pun tak kisah. Anak2 aku riuh sikit. Risau mengganggu orang lain.
Oh, roomate aku semalam reader blog ni. Macam kelakar pun ada. Selamat berkenalan. Thanks sebab baca blog merapu ni.. 😊😊
Esok last day exam untuk Ariff & Amarr. Esok exam lukisan. Peralatan lukisan aku dah siapkan semalam. Cuma tak sempat nak praktik lukisan yang nak dibuat. Haish.
Maaf anak2, mommy tak sempat nak praktik buat lukisan sama2 dengan awak semua. Semoga awak berdua terang hati jawab soalan lukisan esok. Mommy sentiasa doakan awak berdua (dan Aleesya) beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat. Aminn.
Aku cakap kat Rumi, lepas ni apa2 berita or cerita tak perlu lah sampaikan lagi. Tak berminat nak ambil tau. Jujur, tak berminat. 😊
Alhamdullilah atas pahala free ❤️
Masih berkampung disini.
Day 4 already. Stil tak sure bila nak discharge.
Pagi tadi pun, pegi ofis dari hospital dengan tudung takde brooch, peniti pun takde. Main ikat2 je.. tsk. Nasib la baju Mamoru dah tolong gosokkan. Kalau tak.. haish.
Tenkiu Mamoru sebab sanggup amik cuti lagi untuk jaga Aleesya kat hospital hari ni.
Luckily, esok public holiday. Syukur sangat.
Kerja mommy banyak kat ofis lately. Semua due. InsyaAllah, pasni mommy pulak amik turn jaga Aleesya.
Kelam kabut sebenarnya. Dengan kiddos mid term exam-week, dengan Aleesya tak sihat, dengan kerja ofis melambak, etc. Banyak perkara yang terbengkalai, plan lari, etc. Rumah pun dah berapa hari tak jenguk.
Tapi takpe, ada hikmah semua yang jadi. Esp dalam bulan mulia ni kan? Yang penting, sentiasa bersangka baik pada Pencipta & sesama manusia. Baru hidup ni rasa mudah & tenang. InsyaAllah.
Our iftar menu for berbuka semalam. Yesterday was our 3rd day berbuka kat hospital.
Simple menu for simple family ❤️
Bersyukur & redha dengan apa yang ada. Bersyukur & redha ni kena datang dari hati yang ikhlas. Bukan tulis or update cakap syukur tapi sebenarnya tak selari dengan hati.
Semoga kami sekeluarga dihindari dari rasa iri hati & hasad dengki orang terhadap kami dan kami terhadap orang lain. Aminn ya Rab.
😊
Awal pagi tadi join SAC buat long run. Start lari pukul 1.45am.
Managed to do my 2nd long in Ramadhan. My best run so far coz I ran faster than my half marathon race timing. Kelakar. Masa half marathon race aku lari main2 ke cane?
Aleesya still demam on off.
So, semalam tak berani bawak dia keluar berbuka macam hari sebelumnya. Lagipun semalam hujan lebat.
Spentmasa melemaukan diri satu family kat hospital ni.
Tak sure bila boleh discharge. Tonsil Aleesya masih belum surut bengkak dia. Doktor dah baru tukar antibiotik lain hari ni. Hopefully ada perubahan.
Semoga Aleesya sentiasa dilindungi Allah swt.
Kidnap Aleesya dari hospital & bawa gi berbuka kat Tony Romas.
Tapi sedih, giant sikat aka lamb rib dah habis. Makan grilled lamb shoulder je lah. Sedap juga.
Aleesya banyak shopping malam tadi. Dia request bracelet, tiara, getah ikat rambut. Dia pilkh sendiri ok. Dah ada taste sendiri 😊
Almost pukul 11 malam baru balik ke ward. Anak2 wemua dah ngantuk2. ❤️
Nothing to be worried.
Alhamdulilah.
Both of her kidneys is healthy. Its just fever and tonsilitis.
Doktor cakap, lepas amik antibiotik, insyaAllah tak ada apa2. But still kena tahan kat sini few days untuk monitor. Takpe lah janji Aleesya sihat.
Semoga Aleesya sentiasa dilindungi Allah (swt) dari segala penyakit berbahaya & perkara2 yang tak diingini. Doa yang sama juga mommy pohon untuk Ariff & Amarr.
Tenkiu Mamoru, sudi sacrifice keje (supposed dia outstation ke Pahang petang ni), semata nak jaga Aleesyadia sanggup cancelled keje dia. Tskk. Mommy kena masuk ofis. Ada paper due today. Sorry kesayangan mommy.
Malam ni nak berbuka apa? Mommy teringin makan rib kambing bakar kat Tony Romas yang besar macam sikat gergasi tu. Since Pantai Hospital dekat dengan Mid Valley, maka.. jejoms kita? Culik Aleesya sekejap pi berbuka sana 😁😁
Mommy instinct : will always knew when somethings is not right.
Took her to the nearest clinic. The Doc gave us a referral letter - something to do with her kidney, he said.
So, here we are tonight. In yellow zone. Her tempreture was 39.5 just now. Nurse gave her a quick bath. Did some blood test.
Doc advised to admit her. Mommy hesitated. But after doc explained on the blood test result, mommy pasrah.
Seems like we are going to spend our sahur & iftar here for the next few days.
Malam tadi.
Supposed ada SAC group run. Tapi, tak pergi. Takde masa (ampunnn coach). Apa2 aktiviti selain dari yang libatkan family, memang kena tolak tepi dalam bulan ni (kecuali long run.. hihi)
Since malam tadi tak start lagi membaking kuih raya, sempatlah curi masa buat easy run 9km kat area rumah. Panas kan kaki lit-lit sebelum join SAC long run weekeend nanti.
Malam ni nak try buat tempo run. Itupun kalau sempatlah coz mood sekarang lebih pada nak buat kuih je kejenya 😅. Sis dah cuba kuatkan semangat berlari. Tapi kedapur juga sis pegi. Acaner?
Been busy.
With family
With work
With training (ops, this one is so-so je)
With baju raya hunting
With baking kuih raya
Last weekend berbuka dan overnight di Kuala Selangor. Meriah rumah nenek dengan my ipar duai. Sempat juga buat my long run kat area sana (which not that long pun coz bangun lambat. Supposed pukul 2 pagi start lari, tapi terlewat sejam - maka dapat 15km je lah). Tenkiu Mamoru willing teman aku lari dari pukul 3 pagi sampai 5 pagi 😅.
Bila fikir2 balik, rasa macam menyesal register GCM coz training weekdays almost 0. Harapkan long run time weekend je lah. Aku takde masa. Bulan Ramadhan ni ada banyak perkara penting lain yang aku nak kejar. Training is good cuma bila ada race bersaing dengan bulan penting ni, rasa macam terpukul sangat.
Guess, aku boleh lupakan target nak break PB kat GCM nanti. Just enjoy the run je lah, lari santai2 macam kat Bali last year (pasrah dah ni hihi)
My baju raya & Aleesya dah settled. Finally. Konon nak settlekan bab baju raya sebelum puasa.. nan hado. Yours truly cerewet sangat bab pilih baju.
Official kaler baju raya hari pertama is royal blue. Raya kedua belum decide lagi kaler apa.. huhu.
Aku seriously ada masalah shopping. Especially baju Aleesya. Coz semalam je aku dah beli 6 pasang baju raya untuk Aleesya seorang. Aku kena tutup mata bila lalu kat baby-girl-department. Boleh hilang pedoman kat situ. Maklum lah sebelum ni anak2 aku semua lelaki. Fashion tetiap tahun sama je - baju & shirt. Npw ada babygirl, fashion macam2 uols. Macam2.
Anyway, now tengah gigih buat biskut raya. Ada few kuih lagi aku nak buat. Nak minta tolong kiddos buat sekali. Esp kuih bijan.. laju sikit siapnya.
Orite. Till next entry 😊😊
Another productive day. Not a second wasted. Alhamdullilah.
Balik kerja on time hari ni. Berlari2 naik LRT.
Sampai parking, terus amik kereta drive pegi supermarket Hero. Beli barang basah untuk masak.
Pastu fetch kiddos pulak sebelum balik rumah.
Sampai rumah terus bersilat kat dapur.
Dan taraaa.. dua jenis lauk dan satu desert siap terhidang dalam masa satu jam! Syabas mommy. Pat bahu sendiri.. hihi.
Kita emak2 ni memang hebat. Serba boleh. Mampu buat magic. Hihi.
Hepi tengok anak2 makan dengan berselera. Mamoru pun siap melambung puji. Mommy hepi ❤️
Kiddos sangat coorperative subuh tadi. Masing2 senang bangun sahur. Aleesya pun bangun sekali ❤️
Alhamdullilah senang keje mommy & daddy.
Bulan puasa ni ofis bagi pelepasan balik awal. Tapi tak boleh nak enjoy coz Taska pun tutup awal. Diaorang pun puasa juga. Nak balik memasak juga.. hihi.
Hari ni berbuka lauk tunjuk je. Esok kena masak. Tak feel berbuka makan lauk tunjuk ni.. hihi.
Selamat berbuka. Nak call ayah kat kampung sementara tunggu azan. Rindu ❤️
Tak tahu kenapa sayu sangat rasa hati petang ni.
Rasa kerdil. Rasa sedih, rindu, gembira, semua bersatu.
InsyaAllah, peluang setahun sekali ni akan diguna dengan sebaiknya. Amin.
Buat semua yang mengenali diri ini, dengan rasa rendah diri, saya ingin meminta ampun dan maaf atas segala salah dan silap sama ada sengaja atau tidak. Sesungguhnya, saya hanya manusia biasa, lemah dan sentiasa perlukan bimbingan. Semoga kita semua mendapat rahmat dan ganjaran 1000 bulan dari Allah swt. Aminn.
Assalamualaikum ya Ramadhan..
Kiddos dah ada favourite guru masing2. How cute. Bersungguh masing2 balut hadiah untuk cikgu depa.
Selamat hari guru buat semua guru & pendidik! Terima kasih atas kesabaran, ilmu, dan masa yang disumbangkan. U guys are the greastest people in the world!
Anyways, Malam ni dah start tarawikh. Kiddos excited nak bertarawikh di masjid dengan Mamoru.
Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.
Raihan : Iktiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke surga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilaahi lastulil firdausi ahlaa
Walaa aqwa ‘alaannaril jahiimi
Fahablii taubatan waghfir dzunuubi
Fainnaka ghofirudzzanbil ‘aziimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta kami kepada-Mu
Kamilah hamba... yang mengharap... belas darimu.
**************
9 ways to welcome the month of Ramadan:
1. Revising the intention
2. Repenting from sins
3. Hoping for reward from Allah swt
4. Providing food for a fasting person to break his fast
5. Reciting the Holy Quran
6. Avoiding backbiting, slandering and vain talk
7. Avoiding much sleep and food
8. Praying Taraweeh
9. Knowing the importance of last ten days and nights of Ramadan
source: darrussalamblog.com
Rasa macam budak kecil pulak bila Ramadhan makin hampir. Excited tu lain macam sikit. Nak sambut raya pun tak macam ni perasaan dia.
Assalamualaikum ya Ramadhan. Kedatanganmu sangat ditunggu.
My last event before Ramadhan.
Run at training effort at the hilly Padang Merbuk after my long run yesterday. And legs felt great. Alhamdullilah. Lovin it.
Its a very well organized event! Thats why I repeated running the same event this year.
Clocked 59:53 for 10km. Jadilah. Im not so good in short distance run. But I'll keep trying and will definitely improve it over time. InsyaAllah.
Next week training is going to be a little tough. But I'll get it done anyways. Ive trained long distance running during last Ramadhan (for my Cultra 2017). Not a prob. The most important thing is keep showing up 🔥🔥