Susah nak cari audio bacaan al-Quran beserta terjemahan dalam bahasa melayu.
Aku suka dengar bacaan al-Quran tapi bagi orang jahil bahasa al-Quran macam aku yang memang tak faham maksud, mendengar sahaja tak mencukupi - sebab tak faham. Dan nak faham, kena buka buku tafsir. Which is susah lah kalau kita kat ofis atau dalam lrt (kena berdiri) atau dalam perjalanan kemana2.
Aku suka kalau ada mp3 atau apa2 aplikasi untuk bacaan tafsir al-Quran dalam bahasa (untuk semua juzuk). Boleh dengar pada bila2 masa. Mudah faham. Setakat ni, yang aku jumpa online bacaan al-Quran beserta terjemahan hanya untuk surah2 pendek je.
Baru2 ni aku jumpa satu video/audio terjemahan complete surah al-Baqarah dalam bahasa Indonesia (tapi sangat mudah difahami). Rasa best sangat dapat dengar bacaan al-Quran yang diselang seli dengan terjemahan. Duration audio untuk bacaan & terjemahan surah ni lebih 7 jam. Tapi sangat puas hati. Sebab kita bukan setakat mendengar, malah dapat memahami ayat demi ayat.
Aku share sini link dia. Perkara baik kita kongsi sama2. Moga dapat tambah pahala ❤️
No comments:
Post a Comment