Day 5 kat hospital
Doktor Azam tak bagi balik lagi. Aleesya punya white blood cell still tinggi. Menurun tapi still tinggi.
Masa mula2 admitted Jumaat lepas WBC Aleesya 22.00. Semalam baru turun 14.00. Untuk usia Aleesya, normal WCB sepatutnya 12.00.
Demam pula still on off. Plus semalam start batuk pula. Dan dia tak selesa bernafas guna hidung. Minum pun sekarang nak direct breastfeed je.
Cuma alhamdulillah, urin test ok dan muka Aleesya dah tak bengkak & sembab lagi.
Hari ni baru dapat upgrade bilik single. Selesa sikit nak breastfeed. Ariff amarr nak bergendang dalam bilik pun tak kisah. Anak2 aku riuh sikit. Risau mengganggu orang lain.
Oh, roomate aku semalam reader blog ni. Macam kelakar pun ada. Selamat berkenalan. Thanks sebab baca blog merapu ni.. 😊😊
Esok last day exam untuk Ariff & Amarr. Esok exam lukisan. Peralatan lukisan aku dah siapkan semalam. Cuma tak sempat nak praktik lukisan yang nak dibuat. Haish.
Maaf anak2, mommy tak sempat nak praktik buat lukisan sama2 dengan awak semua. Semoga awak berdua terang hati jawab soalan lukisan esok. Mommy sentiasa doakan awak berdua (dan Aleesya) beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat. Aminn.
No comments:
Post a Comment