Friday, May 31, 2019

26 Ramadhan 1440H

4 hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita.
4 hari lagi sebelum Syawal menjelma.

Masa zaman kanak2, kita mengharapkan Syawal segera datang.
Bila dah dewasa, kita pohon Ramadhan jangan segera pulang.

Alhamdullilah atas segala kurniaan dari yang maha Esa. Mohon di panjangkan segala pinjaman sementara ini hingga ke akhir hayat kita. Amin.

Semua dah balik raya ke?

Kami #teamrayaselangor tahun ni

Dah dua hari berturut mommy kita kita pakaikan baju2 raya masa kita gi taska. Hari ni hari last pi taska sebelum bercuti raya!
Selamat hari raya semua!
Maaf zahir dan batin ya.
❤️💋❤️💋

Thursday, May 30, 2019

Taare Zameen Par


Tertengok movie ni masa sahur pagi tadi. Mamoru yang download dari Netflix. Aku tataw pun jalan cerita dia atau siapa actor movie ni.

Cuma aku rasa sangat tertarik dari awal cerita ni start walaupun pelakon dia langsung aku tak kenal dan tak comel macam tipikal filem hindustan lain. Part yang ada watak pelakon Amir Khan tu pun just wujud dalam pertengahan cerita. So, sangat impress bila aku boleh tengok movie ni tanpa pelakon yang aku kenal.

Dan cerita ni sangat2 menyentuh perasaan sampai aku menangis ntah berapa kali pun tataw. Kejap2 nangis.. kejap2 nangis. Serious sedih.

Rupanya movie ni box office dalam tahun 2007. Aku je yang tak tau.. tsk. Balik karang nak repeat lagi. Suka tengok watak Ishaan tu.. gerammm tapi sayanggggg dia sangat2



Wednesday, May 29, 2019

Bila terlalu rajin

Malam semalam gi cabut gigi. Arini pipi bengkak sikit. Doktor cakap amik masa 2 atau 3 hari nak sembuh. So, arini ponteng training lagi. Tunggu bengkak surut baru sambung training semula.

Petang tadi gi kedai bawah rumah ni beli kelapa parut. Aku minta parutkan 2 biji kelapa  sekaligus. Geram sangat sebab  santan yang dibeli kat supermarket tak best. Bau pelik. Cepat basi pula tu. So, beli kelapa parut terus. Puas hati perah santan sendiri. Wangiii..

Sampai kat rumah, napsu memasak macam ada saka yang membantu. Terlupa sekejap diri tu tengah sakit gigi.

Dan hasilnya, terjadilah, nasi lemak periuk kera (makan dengan sambal sadin je), lepat pisang & bubur kacang hijau.

Ni kalau tak naik berat badan aku ni, tataw ler. Semalam timbang asyik turun je. Now dah 37.7 kg. Kalau ringan boleh lari lebih laju takper lah jugak. Ini.... Haish.


Nasi lemak periuk kera! Saja try test masak guna periuk kera, tak sangka menjadi. Yeay!

Lepat pisang. Buat guna gula melaka piyor. 

Bubur kacang hijau. Mula tu nak buh durian sekali kat dalam tu tapi Mamoru tak suka bubur ni dicampur mender lain.

Tuesday, May 28, 2019

Dodol part 2

Sambungan cerita masal dodol kat umah ayahanda.

Start prep bahan2 lewat petang ahad. Beras pulut 5kg, gula melaka ori 15kg, kelapa 25 biji.

Proses masak start dari pukul 10 malam sampai 4 pagi. Api dapur guna slow je. Baru masaknya rata dan tahan lama.

Ni masa baru masukkan tepung pulut.

Mamoru in action. Ni dah masukkan santan.

Akak sesekali take over. Dapat lah mengacau sekejap2. Ayah, Mamoru & adik2 akak tak kasi akak mengacau. Diaoarang cakap size badan akak dengan saiz centung (kayu pengacau) tu sama besar dengan badan akak. Cehh.

Ayahanda yang power. Sempat juga ayah ajar akak teknik kacau dodol yang betul. Teknik tu dia belajar dari arwah atuk dulu. Ekceli ramai adik beradik yang memgacau dodol ni. Cuma tak termasuk dalam gambar je. Untung akak ramai adik beradik. Keje susah jadi senang.


Redha je lah ayahanda dengan perangai akak yang tak semenggah ni.

Ayahanda tersayang ❤️

Ni lepas habis masak. Nak cucu kawah kena perap dengan hampas kelapa tau. Kawah akan lebih mudah dicuci.

Packing dodol dalam bekas2 kecil. Peratikan kanak2 ribena yang beriya2 tolong ceduk dodol dari kawah. Rasa nak peluk je semua. Gewamm.

Monday, May 27, 2019

Kad raya Aleesya

Aktiviti kat taska arini, buat kad raya.

Khusyuk betul Aleesya bila dapat main dengan gam dan warna.

Tak sabar nak tengok hasil kad raya Aleeysa.

Ni aktiviti hari ni. Mommy belum sempat tengok lagi gambar apa yang Aleesya lukis dalam kad raya ria tu. Excited nak tengok satgi.

Dodol part 1

Asal masuk bulan puasa, macam biasa adik beradik excited nak mendodol (masal dodol). Ikutkan, Melaka ni kaya dengan dodol. Berlambak jual tepi jalan. Sedap2 belaka. Cuma, kami lebih suka buat sendiri. Amik feel katanya. Lagipun, boleh tunjukkan kat anak2 nikmat bekerjasama dan kemeriahan menyambut raya kat diaorang semua.

Biar gambar bercerita la eh ❤️

Bila mommy long keluarkan pelita, jangan kata anak2, mak pak semua excited. 

Posing dengan pelita buluh.

Adik no. 4 amik tugas parut kelapa

Adik no.8, no.11 & my niece amik tugas perah kelapa. MummyLong saja nyibuk kat situ.

Nia mummyLong punya tugas. Memasak untuk juadah berbuka

Tugas basuh kawah diambil oleh adik no.3

Kiddos mostly mommy suh pi main aje.

Sakan Aleesya & the gang main dalam khemah

Pasang pelita

Ni time berbuka malam Ahad

Ni pula berbuka malam Isnin

Anak2 isi masa lapang dengan memanah kat padang permainan.

Keje, Training & Persiapan Raya

Tough week I'd say. 
I dont even have time to think about other things. Dengan busy kat ofis, Balik rumah memasak untuk berbuka then pegi training lagi. 

Duno la mana dapat energy buat semua ni. But, I always get it done, every day.

Yang best dalam bulan puasa ni, time management adalah sangat tip top. Rumah sentiasa kemas, keje ofis siap on time dan training tak pernah miss (even most of the time, aku lari pukul 10.30 or 11.00 malam.

💪💪

Hari ni dah masuk 22 Ramadan 1440H. Tinggal 8 hari je lagi sebelum Syawal menjelma.  Persiapan alhamdullilah, dalam busy2 ni sempat juga buat kuih dua tiga jenis (pencapaian yang baik, setakat ni). Tinggal nak buat kuih makmur je pasni.

Baju raya semua dah siap. Tema maroon 5 kita tahun ni. Tinggal nak belikan baju untuk ayah & ibu je. Tahun ni aku dapat cuti panjangggggg time raya. Syukur sangat. Rasanya sejak keje kat Maybank, tak penah aku amik cuti raya sampai seminggu. Tapi kali ni, semuanya dipermudahkan, alhamdullillah. Dapat lah masa nak berehat dan buat preparation raya .

Last week aku order kelongsong periuk kera. 150 biji aku order. Minggu ni insyaAllah dapat. Nak buat lemang periuk kera. Nak buat kelainan sikit raya kali ni! Harapnya menjadi lah lemang periuk kera aku ni. First time nak buat. Semangat sangat! Doakan ye 😊😊

Speedwork every Tuesday

Strenght every Monday

Long run last Saturday at Putrajaya

Saturday, May 25, 2019

Kiddos & bunga api

Lagi gambar kat kampung. Layan kiddos & their cousins main bunga api sebelum start mengacau dodol 😊

Aleesya & Imran

Teruja dia tengok bunga api

Remind mommy of my childhood dulu. Mommy pun suka main bunga api walaupun time tu sangat alergik dengan bau belerang - kalau hidu je terus kena asthma.

Happy moment

Depa suka main dengan pelita yang mommy beli

Gambar Ariff & Amarr kurang. Masing2 dah besar, tamau bergambar dah.. 😊😊

Friday, May 24, 2019

Throwback birthday ayahanda

Banyak entry tak berupload. Super busy. Lebih2 lagi bulan puasa ni.

Ni gambar masa masa celebrate birthday ayah kat kampung masa 5 Mei aritu.

Sayangggg ayah

Tengok cik kak tu. Dia paling excited bila nampak birthday kek.

Semoga ayah sentiasa sihat, kuat dan betada di dalam lindungan-Nya selalu.

Aleesya siap nganga.. dia ingat nenek nk suapkan dia.. hihi

Aummm..

Sunday, May 19, 2019

Fit Ramadhan 2019

Done long run 20km malam tadi. Happy!
Part paling sweet masa kat starting line. Aleesya lari sama2 dengan aku for 20 meter. Beria dia lari tau. Excited dia dapat lari ramai2 dengan runners lain. Aww..  cute overload.

Enjoy sangat lari malam tadi. Maklum, lari kat training ground sendiri. Lari ramai2. Best! Aku selalu wish organizer akan buat event macam ni kat kat area rumah. Tak sangka jadi kenyataan juga. Tu yang gigih sign-up, tho aku tau, aku takkan lari lebih dari 20km, apatah lagi nak lari ultra distance kan.

Masa starting tu, disebabkan excited lari dengan Aleesya, aku terlupa pakai race bib. Dah almost 300 meter baru teringat. So patah balik ke starting line. Terkejut emcee dan dan crew event bila tengok aku patah balik. Semua orang duk gelakkan aku bila dapat tau aku terlupa pakai bib. Dan aku orang last yang start lari malam tadi tskk. Lari sorang2 kejar orang depan.

Dari situ, depa duk panggil aku "Tripple One (111 - nombor bib)". Setiap kali kali aku pusing loop kat starting point, sure emcee akan announced "Tripple One dah sampai".

Masa habis loop kelima, emcee announced "Tripple One, you ada potential to podium. Tadi you start paling last, now you at 9th position! Cepat continue lari, you got chance to win!"

Huhuhu.. memang idok ler kan. Aku plan nak buat 20km je. Habis 20km, terus straight gi amik medal.. hihihihi. 

Thank you Pace Maker for the well organized event. Please continue for Vol 2 next year!


Love bib & medal design. Cuma baju oversized. Ke badan aku kecik nau?

Ni masa collect race kit petang semalam.

Friday, May 17, 2019

Salam Jumaat

Alhamdullilah, dah masuk Jumaat lagi. Penantian sungguh nak tunggu hari Jumaat minggu ni. Yelah, last week amik annual leave. So tak terasa weekdays panjang sangat. 😁😁

Haihs, tak sabar nak tunggu weekend sebab minggu ni dapat cuti panjang lagi sampai hari Isnin, yeay! Bulan puasa ni, selain melepak kat shopping, melepak kat rumah pun adalah sangat best! Mood mengemas tu lain macam sikit. Terlebih rajin.

Semalam bawa balik baju raya yang aku beli online. Mamoru tanya, "Ni baju raya yang ke berapa ni?"

Ops kantoi.. hihi. 

Throwback gambar masa balik Melaka aritu

Kesayangan daddy

Kiddos ngan cousins & pak Ngah

Kat kebun ayah

Ayahanda tersayang

Ni masa sehari sebelum puasa. 

Jom berkebun

Senja di kebun atuk

Beyblade trend terkini bebudak ni