Setakat hari ni, boleh dikatakan almost setiap hari aku masuk dapur. Pencapaian yang baik setakat ni. Impressed dengan diri sendiri. Dalam penat balik keje, masih boleh 'berkungtau' kat dapur, even lepas tu kena attend training / complete mileage (sama ada sebelum sahur atau selewat 10.30 malam.
Wow kat diri sendiri.
Sambal kering kentang campur bilis, sup & telur.
Tahun ni takde lauk2 fancy. Mamoru bukan jenis picky eater. Anak2 pun, asal ada sup pun okay kata depa. Senang keje aku.
Sambal udang, bawal mini goreng, sayur campur, sup, telur & buah2.
Sambal sadin, gulai sayur, sup & telur
Telur kicap, sayur turi@geti, ayam goreng, sup & buah.
Hari2 lain tak tak sempat nak snap gambar coz dah azan berbuka, rushing nak bagi anak2 makan. Cuma sekali je makan kat luar last weekend sempena mothers day.
Kali ni, mood nak makan guna pinggan kangkung. Terasa berselera bila makan dalam pinggan corak bunga kangkung & dulang klasik ni. Serious! Meng8mbau kenangan zaman kanak2.
Dulang klasik ni sekarang harga ratus2 sebiji tau. Jangan pandang rendah & sibuk nak beli pinggan kat Langkawi nun. Pinggan kangkung sekarang sangat2 mahal & valuable. Sila pi geledah umah atuk/uwan/nyai cari pinggan & dulang ni... Hihi. Pi kenen2 kut2 depa sudi nak wariskan kat korang.
No comments:
Post a Comment