KENGKAWAN

Tuesday, May 28, 2019

Dodol part 2

Sambungan cerita masal dodol kat umah ayahanda.

Start prep bahan2 lewat petang ahad. Beras pulut 5kg, gula melaka ori 15kg, kelapa 25 biji.

Proses masak start dari pukul 10 malam sampai 4 pagi. Api dapur guna slow je. Baru masaknya rata dan tahan lama.

Ni masa baru masukkan tepung pulut.

Mamoru in action. Ni dah masukkan santan.

Akak sesekali take over. Dapat lah mengacau sekejap2. Ayah, Mamoru & adik2 akak tak kasi akak mengacau. Diaoarang cakap size badan akak dengan saiz centung (kayu pengacau) tu sama besar dengan badan akak. Cehh.

Ayahanda yang power. Sempat juga ayah ajar akak teknik kacau dodol yang betul. Teknik tu dia belajar dari arwah atuk dulu. Ekceli ramai adik beradik yang memgacau dodol ni. Cuma tak termasuk dalam gambar je. Untung akak ramai adik beradik. Keje susah jadi senang.


Redha je lah ayahanda dengan perangai akak yang tak semenggah ni.

Ayahanda tersayang ❤️

Ni lepas habis masak. Nak cucu kawah kena perap dengan hampas kelapa tau. Kawah akan lebih mudah dicuci.

Packing dodol dalam bekas2 kecil. Peratikan kanak2 ribena yang beriya2 tolong ceduk dodol dari kawah. Rasa nak peluk je semua. Gewamm.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...