KENGKAWAN

Wednesday, May 29, 2019

Bila terlalu rajin

Malam semalam gi cabut gigi. Arini pipi bengkak sikit. Doktor cakap amik masa 2 atau 3 hari nak sembuh. So, arini ponteng training lagi. Tunggu bengkak surut baru sambung training semula.

Petang tadi gi kedai bawah rumah ni beli kelapa parut. Aku minta parutkan 2 biji kelapa  sekaligus. Geram sangat sebab  santan yang dibeli kat supermarket tak best. Bau pelik. Cepat basi pula tu. So, beli kelapa parut terus. Puas hati perah santan sendiri. Wangiii..

Sampai kat rumah, napsu memasak macam ada saka yang membantu. Terlupa sekejap diri tu tengah sakit gigi.

Dan hasilnya, terjadilah, nasi lemak periuk kera (makan dengan sambal sadin je), lepat pisang & bubur kacang hijau.

Ni kalau tak naik berat badan aku ni, tataw ler. Semalam timbang asyik turun je. Now dah 37.7 kg. Kalau ringan boleh lari lebih laju takper lah jugak. Ini.... Haish.


Nasi lemak periuk kera! Saja try test masak guna periuk kera, tak sangka menjadi. Yeay!

Lepat pisang. Buat guna gula melaka piyor. 

Bubur kacang hijau. Mula tu nak buh durian sekali kat dalam tu tapi Mamoru tak suka bubur ni dicampur mender lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...