KENGKAWAN

Thursday, April 03, 2008

Banyak keje

Rupanya Trip to No Where tu hanya lah trip satu malam di atas Starcruise.. ahaha. Check in kul 6.00 petang kat Pulau Indah, pastu gi berlayar ntah mana ntah, check out pulak kul 7.00 pagi esoknya. Satu malam ok! Ingatkan pi seminggu or at least dua-tiga hari atas kapal.. Nih?? Memang kedekut kemut betul kompeni aku nih kan?

Anw, tak pe lah. Satu malam pun satu malam lah. Janji free. Oh, trip ini dah diawalkan dari bulan June ke 3 May nih. Dapat lah aku & Mamoru pegi.

Malam semalam gi shopping kat Sogo. Tak beli banyak pun (takde sales maa). Beli seluar keje & lingerie je. Sangat mahal ok harga baju-baju kat sana bila taim takde sales nih. Nak buat camana. Mahal pun terpaksa beli jugak. Aku memang dah kekurangan stok seluar.

Ekceli baju keje aku banyak. Tapi tu lahh penuh dgn skirt & blouse sendat je. Aku cadang nak tukar imej. Tanak seksi-seksa mcm dulu. InsyaAllah.. pelan-pelan.

Hujan lebat malam tadi kan? Takut aku dengar bunyik petir. Sampai terjerit aku dibuatnya. Mencicit aku menyelinap masuk bawah quilt. Terus kansel plan nak basuh baju. Nasib baik adik lelaki no.7 ada kat rumah taim tu (yang lelain belum balik). Kalau tak, mau aku merengek-rengek tipun Mamoru suruh balik cecepat. Seriyes tau, memang menakutkan.

Aku risau lah taim hujan-hujan camnih. Adik-adik aku bukannya ada kereta (kecuali adik lelaki no.2). Derang pegi keje naik motor je. Tak sanggup aku nak bayangkan cemana derang nak bawak motor taim hujan lebat camtu.. hish nauzubillah. Minta dijauhkan dari segala mender yang tak diingini. Amin.

Pasal nih lah aku duk galakkan adik-adik aku buat saving. Beli kereta. Senang nak bergerak. Lagipun kurang sikit risikonya dari bawak motor. Dulu ye lah tak mampu. Dengan gaji derang sekarang, aku rasa insyaAllah boleh.

Semoga dimurahkan lagi rezeki kami. Amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...