Aku tengah marah nih. Sangat marah. Marah siapa? Nih dua orang nih hah:
1. Budak IT yg nak upgrade laptop aku dan
2. Kak Bunga
Aku nyer pesen kalau marah, aku sembur je depan-depan. Takde kesian-kesian (kalau betul orang tu buat silap lah kan). Tapi tak boleh pulak nak menyembur-nyembur sekarang nih. Tu yg buat marah aku naik ke tahap dewata raya.
Budak IT itu pulak sangat terer. Dia tak jawab henpon bila aku call. Siap off henpon lagi pastu. Yerr tindakan yang sangat pandai untuk mengelak kena marah. Barrgusss sekali.
Oh, aku memang ada problem dgn sikap "marah" nih. Aku tau, kalau aku ikutkan sangat perasaan marah nih, konpem ada yang menangis tak berlagu kang.. kalau tak bebudak dua orang nih nangis, aku lah yg mengongoi nanti..hehe.
Cecepat aku try pikirkan cara yg paling cepat untuk hilangkan marah. Antaranya:
Baring dan tidur?.. hmm, tak bolehhh. Takkan nak tidur pepagi buta kat opis taim keje. Pepasal pulak aku yg kena marah dgn boss kang.
Makan?.. takde mender lak untuk dimakan depan aku nih. Selalu tu ada gak coklar bar atas meja. Pagi tadi tak sempat nak beli.
Buat Yoga?.. mengarut. Aku tak penah belajar pun.
Call orang tersayang?.. Yang nih ok..
Aku call Mamoru. Tiga kali berturut-turut dalam tempoh 15 minit, aku call & bercakap dgn Mamoru.
Sejuk hati perut nih dengar cakap dia. Mamoru suh aku turun pi jenjalan kat bawah opis / beli mender untuk dimakan. Ok lah. Cakap suami jangan dibantah.
Dan sekarang marah aku dah reda sikit. Boleh lah aku cerita sebab musabab aku marah tadi.
Camnih.. Aku nak upgrade laptop. Nak bagi laptop tu kat adik pompuan aku yg belajar Unisel nun. Biar senang sikit dia nak buat assignment. Laptop aku nih dah lama, jenis Acer. Aku beli tahun 2004 rasanya (tak ingat). Aku dah inform dah budak IT nih, model laptop aku. Tapi mamat nih silap beli RAM (camtu kut ejaan mender alah tu).
Dipendekkan cerita, maka tak muat lah RAM tu nak dimasukkan dalam laptop aku. Kebetulan Khamis rituh, aku tinggalkan laptop kat opis. Siap tinggal duit sekali kat Kak Bunga.
Petang Khamis tu Kak Bunga call, cakap RAM tu tak sesuai untuk laptop aku. Ok lah. Aku pun cakap jangan bagi duit kat budak tu selagi dia tak tukar dgn RAM yang sesuai. Kak Bunga cakap "ok". Tanda dia faham la tu.
Tapiiii.. yang aku hangin tu, dia bagi jugak duit aku kat budak tu walhal dia tahu takde apa-apa perubahan yg jadi kat laptop aku. Dia nih paham ke tak arahan yg dibagi? Bengang ok. Duit hilang, tapi laptop punya performance takde beza jugak. Paling sakit jiwa, bila pagi nih dia baru nak ceritakan hal sebenarnya. Mau aku tak angin.
Ikut hati yang marah nih, nak je aku call boss budak IT nih. Tapi nanti dulu.. aku pun masih ada rasa kesian sesama Melayu. Kasi cann. Aku dah hantar mesej kat phone dia. Kalau dia tak relpy by noon, hah memang cari pasal lah tu.
2 comments:
mane dapat add my blog?
anyway thanksla tulih resepi karamel tu. dah try buat. sangat senang and sedap sangat!!
alaa wak, kecik je dunia internet nih.. tekan keybod je.. hehehe..
time kasih sudi cuba resepi kita.. nanti boleh tumpang rasa pulak hehe :)
Post a Comment