Friday, April 18, 2008

Pen kiut

Entry nih bersifat gedik yg melampau.. sila jangan baca kalau mood anda sedang putus cinta.. hehe

Malam tadi Mamoru bagi aku hadiah.. sukanyaa! Hadiahnya adalah dua batang pen yang dia dapat free dari seminar Cisco kat Shah Alam.. hehe (ceh itu pun nak tulis dlm blog kan? hehe) Oh, jangan tanya aku Cisco tu apa. Hanya bebudak IT je yang tau. Aku sendrik pun tataw dan malas lak nak amik tau.

Kata Mamoru, seminar Cisco tu seronok. Memacam gadjet terbaru derang tunjukkan, antaranya, alat perhubungan yang boleh tukar perkataan yg kita taip pada komputer kepada suara yang keluar pada walkie-talkie. Hebat kan?

Bukan tu je, ada lagik lah ciptaan terbaru yang lain. Aku tak ingat apa yang Mamoru cerita semalam.. banyak sangat term teknikalnya. Aku mendengar pun bukan sebab minat dalam bidang IT, tapi sebagai menunjukkan yang aku boleh menjadi pendengar setia pada setiap cerita dia. Nak jadi isteri solehah katakan. Dengar je lah, walo pun aku tak faham hampir separuh dari cerita yg disampaikan.. huhuhu (ampunnn b)

Berbalik pada pen tadik, walo pun hadiah nih free je, tapi aku sukaaaa. Lelebih lagi pemberian dari orang yg kita sayang. Kalau Mamoru bagi bunga rumput pun aku boleh siap-siap simpan dalam frame lagi tau. Sayang lah katakan. Taaapiiii kalau orang yang aku tak sayang bagi hadiah.. err.. aku amik jugak lah (hahaha matilah materialistik).. Eh, jangan ingat aku camtu tau. Kan pepatah ada mengatakan, rejeki jangan ditolak; orang memberi kita merasa.. gituu.


Nih rupa bentuk pen yg Mamoru bagi. Comel kan..


Pandangan hadapan: striking kaler dia tau.


Pandangan belakang: siap ada smiley lagi.. comelll sekali..

p/s: Tiga entry dalam satu hari.. sungguh menampakkan aku takde keje hari nih :)

No comments: