Hari nih beta mengumumkan bahawasanya beta akan mencutikan diri untuk beberapa ketika.
Sejak dinihari tadi tadi, hati beta gundah gulana bila dapat berita dari adinda beta di Melaka.
Kata adinda beta, Puteri no.6 (yang sedang bercuti semester untuk sepurnama), negeri Melaka dilanda banjir! Air dari sungai melimpah ruah hingga menenggelamkan istana ayahanda beta.
Aduhh.. gerangan apakah yang melanda negeri Melaka hingga begini petaka yang menimpa?
Khabarnya, air mula melimpahi Istana sejak pukul 2.00 pagi tadi. Oh.. kasihan sungguh ayahanda dan adinda-adinda beta. Mereka terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan harta benda. Lebih kasihan bila mereka terpaksa berdiri semalaman dan tidak dapat bergerak keluar dari kawasan rumah untuk menyelamatkan diri karena hujan lebat dan kawasan sekitar istana sudah dipenuhi air separas dada. Hanya pukul 5.00 pagi tadi diberitakan bahawa mereka baru sahaja dapat meredah banjir dan melintasi sungai. Kini mereka selamat dan sedang berehat di istana hinggap nenda beta.
Beta amat berdukacita saat ini. Tapi beta harus bersabar. Beta faham, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tapiiiiii.. yang beta tak tahan tu, di kawasan istana ayahanda beta ada seorang saudagar yang membuka kolam ternakan lintah. Menurut adinda beta lagi, lintah-lintah itu sudah terlepas dan sedang berenang-renang dengan manjanya.. Sudah ada saudara beta yang digigit lintah malam tadi.. Eiiyyyyy... Beta takkkkkk sukaaaa!!! Beta geeliiiiiiiiii!!! Tidakkkkk..!
(Ehemm) Oh, beta harus bersikap siuman. Beta harus lebih bersopan. Beta kan Permaisuri di negara Siber ini. Beta tidak seharusnya takut pada haiwan kecil yang menggelikan itu.
Anyway, Beta sedang menunggu Raja Mamoru Ahadiat Shah yang sedang menghadiri interview di ****. InsyaAllah, kami akan berangkat ke negeri Melaka sebelum Zohor nanti. Sila doakan segalanya dalam keadaan baik-baik belaka wahai rakyat beta sekalian.
Beta akan cuba memaklumkan khabar terbaharu dari Melaka nanti.. rasanya tidak ada masalah untuk mengaksess internet karena.. yaaa... karena beta sudah dapat Celcom Broadband ituuuuu.. huhuhuhu.
No comments:
Post a Comment