Friday, April 11, 2008

Selamat hari Lahir, Mamoru

Arakian di suatu petang yang sepoi-sepoi bahasa. Duduk lah sepasang suami isteri sambil bergurau senda di negeri Lembah Benum.

Puteri Gunung Ganang al aD: "Kanda, coba kanda ceritakan kembali pada adinda, bagaimanakah rupanya penunggu puncak Nuang itu?"
Hang Mamoru : "Benar dinda ingin mendengarnya"
Puteri Gunung Ganang al aD : "Benar kanda" (sambil tergedik-gedik)
Hang Mamoru : "Penunggu Nuang itu amat menakutkan.. wajahnya.. wajahnya.. yahhhhh wajahnyaa beginiiihhhhhh" (sambil buat muka seram)
Puteri Gunung Ganang al aD : "Alaa kanda nih.. ada-ada saja lah" (gelak sambil terbahak-bahak)

(Sila abaikan dialog gedik nih memandangkan entry ini ada maksud lain seperti yg dibawah.. hehe)

Ehem hemm.. (ejas suara jap .. please pasang melodi yg mood romentika sikit ok)..

Buat Mamoru yang amat saya sayangi,

Saya nak ucapkan banyakkkk sangat terima kasih nih. Take note setiap satu tau. Ok, here goes (tapi, sebelum tu maaf ya, saya tak pandai berkata-kata):

Terima kasih atas keberanian awak untuk melamar saya.. walhal saya lebih tua dua tahun dari awak.

Terima kasih kerana buat saya kenal erti cinta sebenar dalam keadaan saya hampir tidak mempercayai kewujudannya.

Terima kasih kerana menjadi suami saya dan mengangkat martabat saya setingginya sebagai seorang isteri.

Dan akhir sekali terima kasih atas kegembiraan yang awak bawa dalam hidup saya.. terutamanya gurauan awak yang selalu buat saya tertawa.

Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, dijauhkan dari rasa iri dan segala petaka yang tidak diingini.

Harapan saya agar usia perkahwinan kita yg baru berusia dua bulan nih sentiasa ceria berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Salam sayang,
Isterimu

------------------------------------------------------------------

Note:

  1. Dalam keadaan sebenar aku takde lah membahasakan diri sebagai "saya-awak" dgn Mamoru. Sangat skema ok! Tak romentika. Ekceli aku panggil dia.. "b" (for hubby atau baby pun boleyy hehe). Dia lak panggil aku "sayang" (auuww) atau kenkadang dia panggil aku "busyukk". Ada lagi panggilan mesra yg lain, tapi apa kes nak list sini pepanjang. Nih note ok, patutnya sesikit je explain.
  2. Aku selalu guna panggilan Mamoru~kun instead of Mamoru~san kat dia sebab dlm bahasa Jepun "kun" tu adalah panggilan untuk orang yg lebih muda dari kita.. got it? Sebab aku guna gelaran Mamoru? Lenkali lah cerita. banyak keje ok. Entry nih adalah untuk birthday encik Mamoru. Jadi, sila kosentret untuk birthday dia sahajor. Nak tanya lelebih, sila bagi dia hadiah dulu.. hehe.

2 comments:

Angah said...

I remember the exact words written at the back of a wristwatch my husband gave me on my 27th birthday.. "thank you for being you and being mine" (yes the watch was big)

and

"ayah loves ibu" (written on a ring, a present after I gave birth to our first born)

and

"ayah loves ibu even more" (written on a bangle, a present after I gave birth to our daughter)

words are powerful don't they? apart from the bling2 jewelerry that is muahaha

errr... motif cakap omputih?

Anonymous said...

yer betull.. setuju dgn angah.
tapi mamoru tak pandai nak guna ayat beli jiwa nih.. isk..
tapi taper, times will tell.. hehe
tunggu pregnant ke, dapat baby ke.. siapa tau kan.. wink*