Semalam seperti yg dah dijangka kan.. aku MC.. hehehe.
Petang Rabu aritu badan aku lemah longlai balik. Panas membahang je. Nak demam rupanya. Lama pulak intro demam kali nih. Ingatkan sakit apa, rupanya nak demam. Ceh, buat orang suspen je. Penat semua orang teka aku pregnant, tertipu belaka.. hehe.
Masa kat klinik, aku belek-belek satu majalah nih. Macam best je. Tapi tak sempat nak baca, doktor dah panggil masuk dalam bilik. Masa nak tunggu amik ubat pun sama gak, tak sempat nak bukak majalah, misi dah panggil nama. Tapi yg best tu, semalam Mamoru balik keje dia belikan aku majalah yg sama. Best kan! Sangat perihatin tau dia nih. I lebiu la sayang!
Malam nih Birthday Mamoru. Eksaited sangat. First taim nih nak sambut sebagai isteri dia. Sebelum nih of coz lah ada sekali sambut gegamai dgn kengkawan dia (2007). Taim tu kami belum ada apa-apa lagi. Sekadar kawan-kawan. Tahun nih special sikit. Nervous nya.
Memula aritu, konon nak buat birthday bash segala untuk dia. Tapi lepas bajet lari akibat kes nih. Maka terpaksa kansel plan. Sambut secara kecil-kecilan sahaja lah nampaknya. Syedih.
Nak buat cemana kan.. tanggungjawab terhadap masa depan adik-adik lebih penting. Tak boleh lah nak pentingkan diri sendiri.
Sebut pasal adik-adik nih, kenkadang boleh semput dada aku dibuatnya.. bab belanja tu boleh tahan lagi. Kalau poket nih hampir nak terkoyak, kira boleh lagi lah amik jarum jahir kasi cover balik (err kalau tak paham tu, layan kan je lah). Tapi tang karenah memasing tu.. adeh.
Kalau lah adik-adik aku rasa apa yg aku rasa sekarang.. camner eh nak tulih.. *sigh*
Bukan senang ok nak dapat peluang untuk belajar. Dan bila dah dapat peluang tu pulak, bukan sesenang kita boleh belajar. Semua tu ada kos yg nak dibayar. Banyak mender nak kena korbankan kat situ.
Aku tanak lah nanti bila dah ribu raban habis untuk bayar yuran study tapi hasilnya hampa. Aku boleh frust ok. Bukan frust fikirkan duit yang melayang tapi frust duk fikirkan halatuju masa depan derang yg kabur.
Cuba fikir apa akan jadi kalau masa depan gelap? Takde pelajaran, takde keje yg bagus, takde duit.
Fikir lah. Sekarang bukan masa untuk bersenang-senang. Akan tiba masanya nanti untuk bersenang-senang nih. Sabarlah. Aku nih pun lagi lah teruk. Dah habis belajar dah pun. Dah keje lagik tu. Punnn tak dapat lagi merasa nak joli katak. Tapi aku ok je, masih mampu bersabar. Sebabnya? Aku masih terikat dengan tanggungjawab. Kalau aku duk ikutkan hati yang nak bersenang-senang nih, konpem ada antara adik aku yg terpaksa berenti belajar nanti.
Jadi, fikir dalam-dalam, kalau aku sanggup ketepikan kesenangan demi adik-adik, kena tak mereka buat mender yg sama? Kalau bukan untuk aku, buat untuk diri sendiri (yelah, kut nyampah tengok aku nih strict sangat asyik duk suruh ngadap buku 24/7)
Ops, jauh pulak aku merepek sampai emo-emo pulak yer. Biasa lah pepagi Jumaat nih. Kita bermuhasabah diri sikit.
Kat mana kita tadi? Oh, birthday Mamoru.
Sejujurnya, aku takde hadiah yg grand-grand nak kasi dia. Tapi InsyaAllah, aku akan usahakan sesuatu. Macam tak best je kan bila tak dapat bagi yg terbaik untuk orang yg kita sayang.
Takper lah, jangan sesedih. Hari baik camnih patut hanya ada senyuman gembira je. Ok, kita mulakan semuanya sekali lagi dengan senyuman. Harap, ada perkara baik yg jadi untuk hari nih.
2 comments:
cik senget.. bawalah cik mamoru awak gi dinner dkt planet.. then minta derang buatkan suprise kat mamoru awak mcm kita buat smlm kat cik syg kita.. terkezut biawak dia, 1 planet nyanyi kat dia siap group mlm tadi buli dia atas stage.. xcited gila dia.. tapi yg penting dia happy.. kita pun happy.. (if pk kan cost.. jimat cik senget sbb PH ada diskaun untk citibank card holder 50% tu.. jimat, happy n best.. try la... hehehehhe)
wah.. hepi birthday kat 'cik sayang' tu.. cadangan yg baik. insyaAllah akan dipikirkan.. mekasih cik sue :)
Post a Comment