Wiken aritu aku & Mamoru pegi Tanjung Karang. Ada expo aperntah kat sana. Siap ada mini konsert belah malamnya. KREP ada bukak gerai kat sana - nak promote kelab katakan.
Yang kelakar tu, gerai kami tader permit dari MDKS. Plan asal nak edar flyers je. Nak invite belia-belia kat sana join xtvt outdoor yg kami buat. Tapi, memandangkan Sapik dah bawak meja, kami belasah je lah pasang kat situ. Dalam hati, tader risau sangat kekalau kena soal siasat dgn MDKS. Kelab kami bukannya buat duit. Jelas terpampang kat banner yang kami pasang "Pendaftaran Percuma". Lagi pun niat kami ikhlas nak membantu bebudak remaja nih buat xtvt yg berfaedah.
Tapi.. hehe.. bila beberapa pegawai penguatkuasa lalu lalang kat depan gerai kami, cuak gak lah kan.. hehehe. Buatnya kena marah kang, tak ke malu. Niat betul, cara tak betul pun tak boleh jugak yer tak? Part yg best tu, salah seorang pegawai MDKS kenal Mamoru. Wah senanggg keje kami petang tu. Alhamdullilah, keje-keje baik camnih dipermudahkan-Nya..
Hampir tengah malam baru KREP tutup gerai. Kami balik Kuala Selangor je, tidur umah nenek. Nak drive balik KL tak larat. Lagipun, esoknya dah janji dgn memember yg lain nak main Paintball kat Pantai Remis.
Seronok gak ek main paintball. First taim aku try. Tapi tu je lah sekali aku main kut. Tak mboh lah lain kali. Tak sesuai dgn jiwa aku. Join aritu pun saja nak merasa. Yelah kata orang tak kenal maka tak cinta. Aku dah kenal, tapi ternyata dunia aku dgn paintball berbeza.. hehehe. Tak sesuai. Sakit ok kalau kena tembak. Lebam sana sini. Aku lagi suka masuk hutan panjat gunung dari main sukan nih.
Port paintball kat Pantai Remis nih unik. Owner dia sediakan kawasan hutan belukar yg real untuk 'berperang'. Yang haru tu, tengah-tengah syok aku menyorok dalam semak, sekor pacat sudah gigit pinggang aku.. uwaaa.. geli ok! Dalam hutan tebal yang penuh dgn pacat pun jarang aku kena gigit pacat.. tapi kat tengah kampung lak boleh kena. Iskkk... Yang pelik tu, aku sorang je kena. Geng-geng lain takde pun. Memang pilih kasih betul pacat kat sana!
Lepas sesi main paintball, kami lepak kat gerai tepi laut. Sarapan sambil bincang tentang xtvt kelab. Talha cadang nak buat explorace & pertandingan paintball. Menarik. Aku pun ingat nak buat xpdc mendaki gunung Nuang untuk student / beginner. Sure best kan? Nanti lah aku prepare kertas keje untuk meeting KREP hujung bulan nih.
Nih gambor masa expo aritu, layan kan je lah..
tulisan halus.. macam yours truly jugak lah kan.. hehe
4 comments:
nuang dah naik sekali tahun lepas..
bestkan naik gunung and meredah hutan nih..
wah, minat outdoor jugak eh wak? nanti kalau free, jom lah pegi lagi.. kita buat bbq kat Lolo nak? hehe
tulah baru satu gunung yg dah naik..
kalau camping tu selalu jugak..
best.. nak lagi best jom kita try trekking secara berjemaah sesama.. boleh nyanyi lagu pengakap lagik.. huhuhuhu
Post a Comment