Friday, April 18, 2008

Gaji RM700 kena cukai?

Semalam dapat surat dari Income Tax. Ingatkan aku / Mamoru punya.. sekali tengok, nama adik pompuan no. 6 yg tertulis kat surat tu.


Biar betul.. terkejut ok! Sejak bila adik aku keje dapat gaji ribu raban sampai orang LHDN kenakan cukai nih? Bukan ke aku hantar dia pi Unisel untuk belajar? Wah.. dia bekerja kat sana ke? Keje apakah yang beliau buat? Pensyarah?Vice Chanselor? Tukang Kebun? huhuhuhu..


Bila belek balik penyata cukai tu, baru aku paham. Iskk, rasa cam jahat pulak bila berperasangka bebukan kat adik comei aku tu tadi. Dia pi sana belajar lah. Manader keje-keje nih. Jelas & terang tarikh dia mula keje dan tarikh dia berenti keje kat penyata cukai tu.

Tarikh dia mula keje 3 April 2007. Tarikh berenti pulak 1 July 2007. Tiga bulan je.

Err.. bukan ke nih masa dia keje dgn Sushi King kat Mid Valley tahun lepas. Eh, betul lah, kalau tengok envelop yg diguna pun ada tertera nama Sushi King. Siap ada nama kompeni Induk dia sekali (Texchem). Pelik ek, keje kat Sushi King pun kena cukai. Setahu aku dia keje jadi tukang amik order je. Kut kalau keje jadi manager tu, lain cerita lah kan.

Gaji sebagai waiter kat Mid Valley, koman-koman pun RM 700++. Tolak EPF, Socso.. adalah dalam RM 600++ je. Kalau ikut surat tu, adik aku kena bayar caruman sebanyak RM 243 kat LHDN. Aduss.. lawak apakah yang sedang aku saksikan ini?

Nasib baik adik no.6 takde kat rumah masa adik no.3 bawak balik surat nih (adik no.3 amik kat mailbox rumah lama). Kalau tau tentu adik no.6 tengah berduka lara duk pikirkan masalah yang tak patut berlaku nih. Dah lah dia tengah exam. Adik no.6 nih kengkadang "lurus" sikit. Bila orang takutkan dia je mula lah gelabah tak tentu pasal. Takut aku kalau dia tak boleh kosentret kat paper exam.

Aku dah sorok surat nih. Nak call Sushi King tempat adik aku keje tu. Pastu nak cek kat LHDN. Aku tak suka nama adik-adik aku ada sangkut paut dgn hutang nih. Belum masanya lagi.


Kompeni yang aku saspek buat silap pi hantar nama adik aku lat LHDN. Woo.. Texchem nih glamer ok. Aku penah keje sini tahun 2002 dulu. Sila abaikan envelop yang dah keronyok di gigit oleh Ayuni.



Nampak tak tarikh mula keje dan tarikh berenti kat belah kiri & kanan surat nih. Sori gambar agak blur. Oh, dengan beraninya aku tak gelapkan alamat rumah lama kat Taman Desa dulu. Aku kan dah pindah.. hehe.



Jumlah caruman yg kena dibayar RM 243

No comments: