Aku tak dapat amik gambar banjir kat kawasan pekan Masjid Tanah. Takdo kemera. Nih pun aku transfer dari henpon adik no.6
Semua gambar nih di amik kat kawasan rumah lepas banjir surut. Taim air penuh takde, yelah, taim tu mana lah terpikir nak amik gambar ke haper. Memasing kelam kabut menyelamatkan diri & harta benda.
Ekceli, ada tujuan aku upload gegambar nih semua. Nanti aku tulih sebab musababnya dalam entry yg lain (sila beri perhatian yerr kerajaan negeri Melaka!)
Nih nenek aku. Dalam tak sihat dia tolong gak membersihkan lumpur yg tebal dalam rumah bapak.
Tu diaa.. walo pun bebarang dinaikkan atas katil, tetappppp jugak basah kena banjir. Tak pepenahnya rumah bapak banjir sampai camnih sekali.
Habis semua jalan masuk / keluar ke kawasan rumah bapak tenggelam dek banjir. Dalam gambar nih, Mamoru berdiri atas jalan yg terletak bebtul kat tepi sungai. Jalan selangkah dua kedepan konpem jatuh masuk sungai. Korang sure tataw mana satu sungai & mana satu jalan, kan? Paras air lebih kurang sama je atas. Haaa.. nih masa banjir dah surut tau. Kalau belum surut, cuba bayangkan cemana lah agaknya.. *takuttt*.. Nampak tak rumah stor dalam gambar nih? Ekceli, tu kawasan ladang jagung dekat dgn rumah bapak. Habissss tenggelam semuanya. Dalam rumah stor tu ada dua orang pekerja yg ditugaskan menjaga ladang jagung. Masa banjir malam tu, derang terpaksa panjat bumbung ok! Langsung takde jalan nak larikan diri sebab bila derang tersedar dari tidur je air dah tinggi. Nak lari tak boleh sebab tak nampak jalan (kawasan rumah bapak blackout malam banjir tu), takut gak kalau silap jalan, kena hanyut dek sungai yang deras.. ngeri ok!
Nih lah jembatan depan rumah aku. Aku tak dapat bayangkan cemana bapak, Aunt Shi & adik-adik aku lintas jembatan nih dalam banjir. Jambatan nih pun tenggelam masa banjir tau! Kata bapak, dia tawakkal je masa nak seberang sungai tu. Nasib baik palang biru kat jambatan tu tak tenggelam. Kalau tak, memang tak lepas lah family aku harung sungai nih.
View dari tepi sungai pulak. Adik aku cakap. Kalau berdiri kat tempat aku berdiri dalam gambar masa banjir malam tu, air adalah separas dada aku ok!
Air yang semakin surut kat jembatan kecik depan rumah.
Tolong bapak angkat kayu jembatan yang hanyut di bawak air.
p/s: Nantikan entry banjir kat Masjid Tanah episod seterusnya kat blog nih. Aku dah fade up nak hidup bawah kerajaan BN negeri Melaka. Rasa macam orang bodoh pulak pi undi BN selama aku hidup nih. Menyesal gila ok bila teringat aku duk pangkah BN sekali lagi masa PRU aritu.. tensi!
2 comments:
Model banjir lol~ cool :)
jadi lah.. nak jadi model majalah tak lulus.. hehehhe
Post a Comment