Permohonan berjaya katanya. Surat tawaran akan dihantar kemudian.. yey yeh!
Alhamdullilah (dan terima kasih buat Mamoru & kengkawan yg mendoakan).. nampaknya hasrat aku nak sambung belajar dah termakbul. Tadi bukak site UM, sesajer try check lagi sekali, ingatkan lambat lagi keputusannya.. rupanya dah ada! Syukur.. syukur..
Wahhh rasa macam teruja pulak bila nak bergelar student balik. Camner ek rasanya nanti bila bergelumang dgn buku, assignment, kawan-kawan baru.. hihihi. Tak sabar nak tunggu registration July nanti!
Cerita pasal banjir kat Melaka pulak:
Rerupanya kan, satu pekan Masjid Tanah ditenggelami banjir uols! Rasanya nih banjir yang paling buruk sekali melanda MT. Kat bus stand je air naik sampai ke paras pinggang tau. Tapi alhamdulillah, banjir nih cepat surut. Masa aku sampai, dah tinggal sisa-sia lumpur je sepanjang jalan.
Yang sedihnya tu, banyak kedai terpaksa ditutup. Habis bebarang tenggelam. Part bestnya, kalau korang nak memborong (baju, kain, etc), nih lah masanya. Semua kedai pakat buat jualan murah gila.. seriyes punya gilaa ok.. hehe.
Rumah bapak pulak, air naik melebihi paras lutut (rumah kami kira atas bukit sikit lah). Tapi kawasan keliling, air naik sampai pinggang ok. Walau pun paras banjir kat rumah aku tak seteruk kawasan sekeliling, tapi kerugian dia.. memang tersangat teruk. Perabut kayu dalam rumah, pakaian, buku-buku adik-adik (termasuk buku-buku masa aku study dulu - huuuu ralatnyaaa) bebarang elektrik, even kereta pun masuk air.. *oh dugaan*..
Nanti lah aku upload gambar. Banyak keje sekarang nih.
Eniwei, hepi wiken kengkawan. Berhati-hati semasa hujan nih.
No comments:
Post a Comment