KENGKAWAN

Friday, April 04, 2008

Need a new job

Adik lelaki no.8 called semalam. Kata dia, cikgu galakkan bebudak kelas dia daftar kelas tusyen (dia amik STPM tahun nih) kat bandar Melaka. Aku tanya pendapat dia, perlu ke kelas tu? Dia cakap, dia lemah dalam biology..

Ok, aku faham. Nih musti pasal yuran nak bayar tusyen. Aku tanya lagik, sanggup ke nak berulang alik jejauh semata nak gi tusyen? Risau jugak. Bukan risaukan dia berjalan jejauh. Risau dia malas nak pegi tusyen je. Kang membazir je aku keluar duit kalau dia duk memonteng kelas. Jarak bandar Melaka dgn kampung aku agak jauh ok. Kalau naik bas makan masa hampir 45 minit.

Bersungguh dia yakin kan aku yang dia takkan miss pegi kelas tusyen. Kata dia, tayah risau pasal transport sebab member rapat dia pun daftar tempat yg sama dan bapak member dia boleh tumpangkan pegi sana.

Kalau camtu ok lah. Aku pun tak risau sangat. Esok, kena bagi dia duit pendaftaran. Pastu tetiap bulan kena asingkan duit untuk bayaran bulanan dia.. *seluk poket tengok pitis yg semakin berkurangan*.. Aduss.

Malam nih balik Melaka. Takde apa plan lagi nak buat kat sana. Just nak bagi cd gambar kahwin kat kak Hanis (Teratak Mempelai). Dia nak ambik gambar kami untuk buat banner baru butik pengantin dia. Merasa gambar aku terpampang besar kat pekan Masjid Tanah nanti.. ahahahahah.. *malu tauu*.. (tapi sukaaa).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...