Sunday, March 31, 2019

Oh my badan

Penatnyaa.

Seharian tak rehat.

Start dengan long run subuh2 buta pagi tadi, pastu balirk rumah sambung memasak, mengemas sampai malam.

Tenkiu kiddos cos tolong mommy tukar susun atur perabut dalam rumah.

Ada 3 plastik sampah besar untuk dibuang. Tapi tak larat nak angkat. Tunggu Mamoru balik esok malam baru pi buang. Mamoru  pi hiking gunung Bargading kat Perak.

Anyway, lega tengok rumah berubah wajah. Ruang bermain untuk anak2 pun lebih luas.

Now nak menghadap keje ofis pulak.

Uwaaa.. bila nak tido ni.

Snacking di tengah2 malam.





Thursday, March 28, 2019

Guacamole


First time buat terus in love dengan guacamole! Sedap. Boleh buat cicah2 dengan sayur, tacos, etc. Dalam gambar ni aku buat prawn cocktail with guacamole.
Sedappp!

Oh lupa nak update, aritu dapat special invitation dari pacer 2:00 hours untuk lari Score Night Run for 21km. Siap dapat discount code.

Tapi chop, this will be my LSD only as Im not ready to get into a serious competitive half marathon race. 

So, sesiapa nak cari modal membawang, tunggu lah kat finishing 😊

Aleesya & Daddy

Aleesya suka perhatikan orang solat. Setiap kali lepas solat, Mamoru akan tarik tangan Aleesya duduk atas sejadah depan dia. Pastu sama2 ami kan doa. Comel je.

Doa sambil pegang jajan pun boleh.

Alhamdulilah, our visa dah approved. Takut sebenarnya application tak approve. Kan sekarang ni kecoh bab senator Aussie dengan statement dia yng insult orang Islam. So Mamoru try apply awal2, tak sangka  tak aampai 24 jam apply terus approved. Syukur.

First time nak bawak the whole family cuti jauh2. Semoga semuanya berjalan lancar nanti.

Tuesday, March 26, 2019

Caving Gua Tempurung

Misi caving berjaya. First time bawa anak2 pergi caving.  Kami ambil sampai platform 2 (1 hour dry caving). 

Turns out kiddos enjoy explore gua Tempurung. Sampai minta nak proceed ke platform seterusnya. Tapi route selepas tu dah more to technical. Kena guna headlamp  & helmet. Kena masuk laluan 'tikus' dan redah air. Next time kita try next level pula ya anak2.

Beli tiket. Harga tiket depends pada route yang kita pilih. Kami ambil pakej ke "top of the world" (platform 2). Dewasa RM12, kanak2 umur 6 tahun ke atas RM8. Kalau pegi Platform 1 lebih murah harga tiket atau kalau nak wet caving lebih mahal sikit. 

Kiddos paling excited kat sini.

Entrance masuk gua

Serious lawa gunung ni. Banyak laluan bertangga (tinggi2 tangganya okeh!!) Ada kawasan tangga yang licin. So kena hati2. Panas sikit kat dalam ni. Bawa kipas tangan kalau tanak kepanasan. View memang superb. Nampak jelas batu2 dalam gua sebab lampu terang benderang.

Nampak sayup je tangga2 yang kena didaki dari jauh. Besar dan panjang gua ni. Lupa nak on gps. Kalau tak sure tau dah jalan berapa kilometer dalam ni. 

Tangga dan tangga lagi.

Ni wind tunnel. Kat sini je ada angin.. hihi

Subhanallah, cantiknya.

Platform 2. Our tour ends here. Depa panggil "top of the world" sebab kami berada kat kawasan paling tinggi dalam gua ni. Route selepas platform ni kena start turun tangga dan dan masuk kawasan gelap takde lampu. Very technical tapi doable untuk kanak2 baya Ariff dan Amarr. Cuma kena berani je lah. Kalau panik, payah nanti. Boleh kena klastrophobia.

Ni dah nak sampai pintu keluar gua

Hujung tu pintu keluar. Trip yang kami ambil ni, keluar dan masuk ikut pintu gua yang sama. Kalau trip advance, pintu keluar dia lagi besar dan adventure! 
Next time, promise!

Alhamdullilah, dalam busy dengan kerja, dapat juga spend time dengan anak2 time cuti sekolah. Hectic betul jadual sehari2. Tapi happy sebab time well spent. When u really happy and thankful with ur life, it shows. 

Be thankful, be happy, be kind even to those who always have unfinished business with you. 

Move on. Im already in a new chapter 😊😊

Monday, March 25, 2019

Radak Adventure Gopeng - Day 1st

Masa sebelum sampai kem Radak Adventure, aku takde apa2 expectation pun. Dalam kepala just nak pergi short gateway. Asal dapat keluar KL je pun dah ok. Kepala dah sebu asyik fikir keje hari2.

Tapi bila dah sampai Gopeng, masyaAllah, cantik betul kemsite ni. Bebetul sebelah sungai. Toilet bersih, ada cafe teh herba sebelah khemah kami. Siap ada lampu2 cantik hias kawasan kemsait. Macam glamping pun ada. 

Pastu, first time set-up khemah baru. Malam2 buta pulak tu. Tak baca instruction pun. Mujur senang nak pasang. Besar dan tinggi khemah ni. Puas hati. Kami siap bawa tilam angin. Selesa sungguh. Glamping pun kalah tau.

Malam 1st kat sini, masing2 tidur pukul 4 pagi. Leka lepak depan khemah sambil borak2 dengan staff Ryoq.

Tenang je rasa duduk tepi sungai sambil minum teh dan dengar lagu Alleycats. Feeling habis. 

Khemah kami sebelah kiri, betul2 tepi sungai. Yang terang benderang tu kafe teh herba. Kat sini lampu on dari 7 malam sampai 7 pagi. So, kalau lepak tengah2 malam kat sini, memang best! (Lampu powered by generator)

Khemah kami. Pasang 2 khemah tapi guna satu je. Yang kecik tu buat tempat simpan barang je.

Mengeteh dan me-megi

Sunday, March 24, 2019

Im in Gopeng

One minute I was in KL on Saturday morning running my 5k time trial. Later that night, Im spending my time camping in Gopeng.

Semua last minute plan.

Mamoru ada bowling tournament semalam sampai pukul 5 petang. Cakap kat dia nal pergi camping. Then dia balik je semia barang2 untuk camping aku dah letak depan pintu.  Terus gerak ke Gopeng!

Kami sampai Gopeng pukul 10.30 malam (lepak lama kar R&R Rawang, dinner, solat etc.)

Campsite semua penuh. Last minit plan kan.. tak sempat nak booking. Aci redah je. Nasib baik kami ada ramai kawan2 outdoor kat sini. And luckily campsite Ryoq (owner Radak Adventure) ada kosong. 

Masa tengah setting khemah (tetengah malam buta pasang khemah hihi), nampak Arman dengan geng2 dia kelam kabut datang naik motor. Dia inform ada runner Gopeng Ultra hilang. Diaorang baru start buat search & rescue.

Pagi tadi, aku buat long run sorang kat sini. Start lam at pukul 7.30 pagi coz sini kawasan hutan, trek pun mostly trail. Aku takde problem lari sorang2 kat trail coz aku tahu ada ramai runner Gopeng Ultra 100km still belum habis lari. Guess semangat hutan still ada dalam diri aku kot. Tak tau takut. Ekceli ada dua benda je yang aku takut masa lari sorang2 : orang jahat & anjing.. hihi.

Halfway lari, aku terserempak dengan runner GU 10km yang baru start lari. So follow diaorang lari masuk trail sampai finishing.

Terubat rindu nak lari trail.. hihi. Cuma lari tak bawak air. Dah biasa lari tak minum air sampai 20km. So, takde masalah. Buat easy run je pun. 

Masa patah nak patah balik ke campsite Radak adventure aku tersalah simpang trail. Masa ni last runner 10km dah sampai finishing. So aku sorang2 atas trail. Semua simpang ada marking. A bit confusing. Rasa nak je suggest kat organizer buat marking yang berbeza warna untuk setiap kategori 100km, 50km, 25km, etc. Takde lah orang sesat. Marking banyak tapi semua sama. Kalau aku pun, sure tak tahu nak ikut trek mana.

Dah halfway patah balik, baru aku teringat nak turn on ''backtrack" route kat suunto. Masa ni baru tau aku dah sesat dah terlajak 2km dari route asal.

Alhamdullillah, masa sesat tu, aku terserempak dengan sorang pakcik tua baru balik dari dusun dia (aku agak je dusun coz dalam tu mana ada rumah). Pakcik tu cakap jala  yang aku tuju tu tak ada kawasan perumahan langsung. Dia suruh aku pusing dan ambil simpang yang lain. 

Syukur, dapat sampai semula ke campsite dengan selamat. Kalau tak, tak pasal2 orang2 SAR nak kena eztend search aku pulak.. tsk.

Runner2 GU semua dah balik tengahari tadi. Tapi Gopeng still meriah dengan team SAR. Ramai bomba, Mosas & polis ganti berkampung kat sini. Dah nak masuk malam kedua, still tak jumpa lagi runner yang hilang. 

Cuaca yang cerah dari semalam bertukar buruk pukul 6 petang tadi. Hujan lebat plus ribut petir. Nih pun aku update blog dalam khemah. Alhamdullilah khemah baru ni kukuh. Huja lebat pun still tak masuk air. 

Air sungai depan khemah yang cetek dan dan tenang dah bertukar keruh dan melimpah ke tepi tebing. Nasib baik khemah kat tempat yang lebih tinggi dari tebing sungai. Kalau tak, bahaya.

Dan apa lah agaknya cerita runner yang sesat. Dalam hujan lebat macam ni, haish. SAR pun sure terpaksa stop sekejap sampai hujan berhenti.

Moga2 kesudahan yang baik2 untuk semua. InsyaAllah.



Saturday, March 23, 2019

Here come the fun part

*giggle*

Love is.. watching you ❤️


Friday, March 22, 2019

First cuti tahun ni

Cipta rekod tahun ni sebab dah nak habis 1st quater 2019 baru hegeh2 nak amik cuti.  Tiga bulan keje tanpa cuti. Cuti sakit pun takde. Begitu komitednya aku dengan keje.

Keje banyak sebenarnya. Serious banyak. Sampai ada yang tanya macam mana aku boleh coop dengan keje yang menggila.

Pagi tadi terbocor satu rahsia masa attend department meeting. HOD tanya something tentang keje. Aku cakap semua aku  dau siapkan. Dia terkejut sebab malam tadi task tu still pending. Tau2 pagi ni dah siap.

Aku cakap aku siapkan tengah malam tadi dari rumah.  Honestly, aku kalau boleh tanak orang tau aku buat keje ofis kat rumah. Sebab once orang dah tau, orang akan expect more, more and more. Tapi dah dia tanya depan semua. Takkan nak cakap ada elf datang buat keje pulak.

Among colleagues pula tadi sorang dah suarakan kebimbangan dia. Dia cakap aku dah raise satu barrier lebih tinggit which others may have to follow.

Tak kisah lah. Follow atau tak depends.

Apapun, alhamdullilah cuti da approved. Rare okeh dapat cuti masa anak2 cuti sekolah. Rezeki anak2. Boleh pegi cuti2 sama2.

But before that, I got 2 more run to complete this week. Thats including one long run 💪💪






Thursday, March 21, 2019

Yang dilindungi

Tenkiu buat kawan2 blogger yang tinggalkan komen kat entry Aleesya demam aritu. Thanks soo much ❤️

Alhamdullilah, 2 hari ja Aleesya tak sihat. Lepas tu dah aktif macam biasa 😊😊

Berkat gigih breastfeed dia dengan kerap sepanjang malam.. hihi. 

The only daughter in our families.
❤️kesayangan Kami❤️


Latest addition

Blue is my favourite color!

Back to chest heart rate. No more wrist pulse rate. Not accurate for a pretty-petite-girl-lady with small wrist like me.. hihi angkat bakul sendiri.

Been wearing since a month ago. Almost sama macam my previous sports Suunto. But this one lighter and not too bulky (tho still quite big for my wrist)

My fifth watch from Suunto : Spartan Sport



Wednesday, March 20, 2019

❤️❤️❤️❤️❤️

No matter how impossible, unattainable or unimaginable something may seems. If its mean to be, it will be ❤️

Throwback last Monday.

Throwback last week


Monday, March 18, 2019

Aleesya tak sihat

Lemah tak bermaya Aleesya masa fetch dia kat taska. Kak Ana cakap Aleesya tanak makan dan tak aktif macam selalu. Staff taska pun cakap Aleesya just makan 3 sudu nasi tapi muntahkan semuanya. 

Malam ni pun sama. Aleesya tanak jamah apa2 pun kecuali susu badan. 

😢😢😢

Yang dilindungi. 
Cepat baik sayang.. 

Kasih ayah

Jumaat lepas call ayah, inform tentang duit yang aku transfer untuk belanja ayah sepanjang percutian dia ke Krabi. Nak join sekali, tak dapat sebab kekangan keje.

Dalam borak2, mulut aku gatal sebut teringin nak makan ayam lampung yang nenek bela kat tepi rumah.

Malam tadi, adik no.7 datang rumah bawakan 2 ekor ayam kampung yang ayah dah sembelih dan potong kecik2. Siap ada petai sekali. Petai pun ayah kait kat helang umah nenek.

Ayah.. ayah..

Pantang anak2 sebut nak makan itu ini. Laju je dia siapkan.

Sayanggggg ayah ❤️❤️

Gambar ayam takda. Dah masuk fridge lepas bersihkan malam tadi. Ohh avocado tu beli borong.. tetiba pula dia buat sale RM2 sebiji. Selalu tu sebiji RM6 tau. Kenduri avocado + petai.. hihi

Sunday, March 17, 2019

Breaking in new shoes

Tengah cari running shoes yang sesuai dengan kaki.

Dari awal2 lari masa tahun 2011, aku tak pernah kisah pun bab kasut. Just beli dan pakai yang selesa dengan kaki

Kasut pertama yang aku pakai Ghost 5 by Brooks. Dah banyak seriess Ghost aku guna. Dari 5, 7, 8, & 10. Then Transcend 3 (dapat as hadiah), & Launch 5 (dapat dari lucky winner). I love Brooks and still love it till now.

In between, aku guna Adidas, Salomon & Hoka Vanquish (not a fan of Hoka anymore).

Now tengah try ber-eksperiment dengan brand lain. Kut la kalau ada brand yang boleh cabar loyalty aku terhadap Brooks.

Aritu dah try Asics - gel Nimbus. Baru pakai sekali masa lari 11km aritu. Best. Rasa macam pakai Brooks. Tapi awal lagi nak bagi komen. Tunggu lepas aku buat long run dan run a race with it. 

Semalam breaking in Nike - Zoomfly flyknit. Mula2 tu skeptikal juga sebab kasut ni terlalu nipis. Cuma bahagian tapak je tebal. Tapi bila dah pakai,  rasa macam dia grip/fit comfortably kat kaki. Bila lari, landing rasa best. But then, still too early to commet or decide as I just run 7km with it. Tunggu long run or at least a race to really know the shoe potential - to either love it or hate it.. 😊

Now lets get more serious in running 💪💪🔥🔥


Saturday, March 16, 2019

Merentas desa sekolah Ariff

Tahap 2 ada merentas desa pagi ni. Ariff join kategori 3km, jadi kami datang suport.

Tak sangka pula ada kategori untuk parents juga, so Mamoru daftarkan nama aku. Dia tak dapat join sebab nak babysit Aleesya.

Lari pakai jeans okay. Tak selesa sebab keras dan ketat. Masa aku masuk kat barisan parents, semua emak-emak kat situ tegur dan cakap aku akan menang.. haha. Depa tengok badan aku kecik kot.

First 500 meter aku pretend lari2 anak je. Tanak tarik perhatian  sangat. Bila dah jauh dari kawasan sekolah, aku terus timggalkan group parents. Sebab nak cari Ariff coz sepanjang 3km tu tak ada water station.

InsyaAllah, tahun depan aku nak volunteer buka satu water station masa merentas desa sekolah Ariff & Amarr.

Masa last 1km aku nampak Ariff dengan kawan dia. Aku towing Ariff kat sini, tapi dia tanak tinggalkan kawan baik dia. So aku towing dua2 sekali, kiri kanan aku tarik sampai ke kawasan sekolah.

As expexted by the moms, aku dapat first place.. haha. Rasa serba salah coz compete dengan beginner. Tapi happy sebab the moms kat situ tertarik nak join running pasni. Maybe tengok aku yang jauh lebih berumur dari diaorang lebih aktif. Happy dapat pengaruh orang lain buat aktiviti sihat 😊😊

Johan tanpa sengaja.. 😂

Barisan top 10 moms category

Suka Ariff & Aleesya bila mommy menang. Amarr tak join kami pagi ni

Briefing by cikgu sebelum flag off

Right after lari. Ariff tak menang pagi ni, tapi stil happy 💪

Next, nak train Aleesya pula 😊

Friday, March 15, 2019

Spread love not hate

Alfatihah dan takziah buat saudara2 Islam di New Zealand. 

Buat saudara2 Islam yang lain, sama2 bersabar dan jangan share video yang disebarkan oleh penjenayah. Takut akan timbulkan rasa marah dan mencetuskan situasi yang tak diingini.

#spreadlovenothate

Dapat kek lunch tadi. Hokkaido kek. Tak pernah makan. Tapi cute ❤️ shape. ❤️ sangat

😊😊

Wednesday, March 13, 2019

Aleesya made her own dinner

Tak masak malam ni. Plan nak beli KFC masa fetch kiddos balik tuition.

Belum sempat nak keluar, Aleesya cakap, "Im hungry. I want to eat nasi soup".

Masa nak bersiap keluar, Aleesya pegi tarik kerusi meja makan. Panjat kerusi pastu amik roti dan buat sandwich coklat. First time dia buat sendiri. Pandai pula tu kemas meja semula dan tutup bekas coklat spread.

Lepas siap semua, dia amik secawan air sejuk dari Coway dan duduk kat kerusi - layan buatan sendiri. 

Mommy senyum je perati dari jauh. Dah pandai berdikari. Tapi malam2 still nak minum susu mommy. Sampai bila tataw lah. Lama sungguh Aleesya breastfeed. Ikut perangai siapa tataw 😁😁

Macam sedap je tgk dia makan 😋

Filling dia sejemput je kat tengah2..Aduyai.. 😂😂


Hadiah dari my anak bujangs

Ariff hadiahkan bracelet paracord (siap ada wisel). Beria2 dia cakap, "Ni hadiah untuk mommy". Dia beli guna duit belanja sekolah yang Mamoru bagi hari2. Beli masa perhimpunan pengakap tempoh hari.

Amarr pula hadiahkan satu botol kecil minyak wangi. Dia beli kat sekolah katanya. Beli guna duit belanja harian. 

Tersentuh sangat rasa hati bila dapat hadiah dari anak2. Kecik dah pandai belikan mommy hadiah. Mommy tak minta pun mereka bagi juga.

Terima kasih Ariff Amarr. Semoga anak2 mommy dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin

❤️


Tuesday, March 12, 2019

Promoted

This was unexpected.

Never dream of it. Honestly, never wanted it. Coz with it, comes big responsibility, more work, more time in the office.

But whatever it is, its time to shine. 

Alhamdullilah. 
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.


Rezeki anak2.




Sunday, March 10, 2019

Breaking in new shoes

Got special invitation to run at Bukit Jalil this morning ❤️

Bersemangat! First time run with Asics. And I love it! 

Lari sekejap je. Lebih pada berjalan, berbual and planning for future. 

If God's will, everything will be easy. Trust in Him ❤️

Gorgeous color.
❤️❤️









Saturday, March 09, 2019

Fly me to the moon

Fly me to the moon
Let me play among the stars
Let me see what spring is like
On a, Jupiter and Mars
In other words, hold my hand
In other words, baby, kiss me
Fill my heart with song
And let me sing for ever more
You are all I long for
All I worship and adore
In other words, please be true
In other words, I love you

Rebel. Terus ambil without hesitated. 

 
This one pun, cant resist. Memang betul2 rebel. Nike Zoomfly. Fly me to the moon ❤️





Core training with SAC

Last night I got a chance to talk to coach Edan sharing more about my osteoarthris knee and my progress. We talked about a lots of other things too.

And Im just so happy - too happy to know that someone really understand your condition and willing to help you go through it without telling you otherwise.

Im ready to go beyond my comfort zone. Believe me, Im so ready! 🔥🔥🔥🔥

For this new session, we will train with more resistant tools.  

Cooling down after the session

Looking forward for our next session on Monday. Every session full of wonderful suprises! 💪🔥

Stronger, further, faster.

Morning run

My supposed to be easy 5km terlebih distance pula pagi ni. Nak kata long run, bukan. Nak kata easy run pun bukan. Ni la jadi kalau lari tak ikut plan. Anyway, its a good run. Enjoy every miles of it ❤️

So esok ada balance 10km nak lari macam mana ni? 🤔

My ussual route. Hilly - hate it. Tapi since dekat area rumah, layankan je.



Friday, March 08, 2019

International Womens Day

I celebrate it everyday! Every single day. Most of the time, people I love or people who loves me celebrate it with me, for me ❤️

Thank you, for the love, trust and keep holding on to me - no matter what.

Cheers for our future!

💋💋

Layan gambarAleesya kat taska ❤️