KENGKAWAN

Sunday, March 24, 2019

Im in Gopeng

One minute I was in KL on Saturday morning running my 5k time trial. Later that night, Im spending my time camping in Gopeng.

Semua last minute plan.

Mamoru ada bowling tournament semalam sampai pukul 5 petang. Cakap kat dia nal pergi camping. Then dia balik je semia barang2 untuk camping aku dah letak depan pintu.  Terus gerak ke Gopeng!

Kami sampai Gopeng pukul 10.30 malam (lepak lama kar R&R Rawang, dinner, solat etc.)

Campsite semua penuh. Last minit plan kan.. tak sempat nak booking. Aci redah je. Nasib baik kami ada ramai kawan2 outdoor kat sini. And luckily campsite Ryoq (owner Radak Adventure) ada kosong. 

Masa tengah setting khemah (tetengah malam buta pasang khemah hihi), nampak Arman dengan geng2 dia kelam kabut datang naik motor. Dia inform ada runner Gopeng Ultra hilang. Diaorang baru start buat search & rescue.

Pagi tadi, aku buat long run sorang kat sini. Start lam at pukul 7.30 pagi coz sini kawasan hutan, trek pun mostly trail. Aku takde problem lari sorang2 kat trail coz aku tahu ada ramai runner Gopeng Ultra 100km still belum habis lari. Guess semangat hutan still ada dalam diri aku kot. Tak tau takut. Ekceli ada dua benda je yang aku takut masa lari sorang2 : orang jahat & anjing.. hihi.

Halfway lari, aku terserempak dengan runner GU 10km yang baru start lari. So follow diaorang lari masuk trail sampai finishing.

Terubat rindu nak lari trail.. hihi. Cuma lari tak bawak air. Dah biasa lari tak minum air sampai 20km. So, takde masalah. Buat easy run je pun. 

Masa patah nak patah balik ke campsite Radak adventure aku tersalah simpang trail. Masa ni last runner 10km dah sampai finishing. So aku sorang2 atas trail. Semua simpang ada marking. A bit confusing. Rasa nak je suggest kat organizer buat marking yang berbeza warna untuk setiap kategori 100km, 50km, 25km, etc. Takde lah orang sesat. Marking banyak tapi semua sama. Kalau aku pun, sure tak tahu nak ikut trek mana.

Dah halfway patah balik, baru aku teringat nak turn on ''backtrack" route kat suunto. Masa ni baru tau aku dah sesat dah terlajak 2km dari route asal.

Alhamdullillah, masa sesat tu, aku terserempak dengan sorang pakcik tua baru balik dari dusun dia (aku agak je dusun coz dalam tu mana ada rumah). Pakcik tu cakap jala  yang aku tuju tu tak ada kawasan perumahan langsung. Dia suruh aku pusing dan ambil simpang yang lain. 

Syukur, dapat sampai semula ke campsite dengan selamat. Kalau tak, tak pasal2 orang2 SAR nak kena eztend search aku pulak.. tsk.

Runner2 GU semua dah balik tengahari tadi. Tapi Gopeng still meriah dengan team SAR. Ramai bomba, Mosas & polis ganti berkampung kat sini. Dah nak masuk malam kedua, still tak jumpa lagi runner yang hilang. 

Cuaca yang cerah dari semalam bertukar buruk pukul 6 petang tadi. Hujan lebat plus ribut petir. Nih pun aku update blog dalam khemah. Alhamdullilah khemah baru ni kukuh. Huja lebat pun still tak masuk air. 

Air sungai depan khemah yang cetek dan dan tenang dah bertukar keruh dan melimpah ke tepi tebing. Nasib baik khemah kat tempat yang lebih tinggi dari tebing sungai. Kalau tak, bahaya.

Dan apa lah agaknya cerita runner yang sesat. Dalam hujan lebat macam ni, haish. SAR pun sure terpaksa stop sekejap sampai hujan berhenti.

Moga2 kesudahan yang baik2 untuk semua. InsyaAllah.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...