Monday, March 18, 2019

Kasih ayah

Jumaat lepas call ayah, inform tentang duit yang aku transfer untuk belanja ayah sepanjang percutian dia ke Krabi. Nak join sekali, tak dapat sebab kekangan keje.

Dalam borak2, mulut aku gatal sebut teringin nak makan ayam lampung yang nenek bela kat tepi rumah.

Malam tadi, adik no.7 datang rumah bawakan 2 ekor ayam kampung yang ayah dah sembelih dan potong kecik2. Siap ada petai sekali. Petai pun ayah kait kat helang umah nenek.

Ayah.. ayah..

Pantang anak2 sebut nak makan itu ini. Laju je dia siapkan.

Sayanggggg ayah ❤️❤️

Gambar ayam takda. Dah masuk fridge lepas bersihkan malam tadi. Ohh avocado tu beli borong.. tetiba pula dia buat sale RM2 sebiji. Selalu tu sebiji RM6 tau. Kenduri avocado + petai.. hihi

No comments: