KENGKAWAN

Monday, March 25, 2019

Radak Adventure Gopeng - Day 1st

Masa sebelum sampai kem Radak Adventure, aku takde apa2 expectation pun. Dalam kepala just nak pergi short gateway. Asal dapat keluar KL je pun dah ok. Kepala dah sebu asyik fikir keje hari2.

Tapi bila dah sampai Gopeng, masyaAllah, cantik betul kemsite ni. Bebetul sebelah sungai. Toilet bersih, ada cafe teh herba sebelah khemah kami. Siap ada lampu2 cantik hias kawasan kemsait. Macam glamping pun ada. 

Pastu, first time set-up khemah baru. Malam2 buta pulak tu. Tak baca instruction pun. Mujur senang nak pasang. Besar dan tinggi khemah ni. Puas hati. Kami siap bawa tilam angin. Selesa sungguh. Glamping pun kalah tau.

Malam 1st kat sini, masing2 tidur pukul 4 pagi. Leka lepak depan khemah sambil borak2 dengan staff Ryoq.

Tenang je rasa duduk tepi sungai sambil minum teh dan dengar lagu Alleycats. Feeling habis. 

Khemah kami sebelah kiri, betul2 tepi sungai. Yang terang benderang tu kafe teh herba. Kat sini lampu on dari 7 malam sampai 7 pagi. So, kalau lepak tengah2 malam kat sini, memang best! (Lampu powered by generator)

Khemah kami. Pasang 2 khemah tapi guna satu je. Yang kecik tu buat tempat simpan barang je.

Mengeteh dan me-megi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...