KENGKAWAN

Tuesday, March 05, 2019

Good vibes

Rasa best sangat bila ramai kawan2 start terpengaruh dengan tabiat pemakanan sihat terutama bila diaorang hari2 nampak aku makan salad.

Mula2 tu diaorang start dengan perli2. Biasa lah orang melayu kita 😁

Ramai tanya, dah kurus kenapa nak diet, jaga makan segala. Aku senyum je.

Bila dah hari2 tengok aku makan salad, masing2 mula start comparing. Start jeles. Diaorang tak puas hati. Lebih2 lagi bila makan semeja. Berbeza betul portion dan nutrition dalam pinggan masing2.

Dua bulan lepas, kak Su start tanya aku kat mana beli edamame, jenis2 sayur, dressing, etc.

Esoknya tu terus dia beli. Banyak pulak tu. Semua dia sumbat dalam fridge kat pantry ofis. Bila time lunch, dia keluarkan dan prep banyak2 untuk makan ramai2.

Dan hari ni, hampir separuh dari ofismate aku lunch salad hari2.

Wow.. rasa best dapat pengaruh kawan2 jaga kesihatan. Nak ajak berlari tak dapat sebab mostly staff kat sini dah almost 50-an dan jarang bersenam. Ramai dah start sakit sendi or ada darah tinggi etc. Dapat pengaruh camni pun dah kira best sangat. Semoga istiqomah makan healthy hari2 ye kawan2.

Their portion salad. Aku bawak bekal sendiri. Prep siap2 dari rumah.

Punyalah besar portion ni. Boleh makan 5 orang. 






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...