Friday, November 02, 2007

Babysitter

Wiken nih besar kemungkinan tak pegi memana. Kena babysit my niece. Baby & emaknya akan spend wiken kat umah aku. Malam nih nak kena amik derang kat Kepong. Aku tolong babysit taim siang je lah sebab mak dia ada hal wiken nih. Taim malam, mak dgn ayah ada, jadi tayah risau sangat (tayah risau aku kater? yelah tu, macam lah aku ada pengalaman jaga baby baru lahir)

Petang semlm borak dgn Mamoru tentang keje baru dia. Alhamdullilah, setakat nih semuanya ok kata dia. Hari first biasalah, bukannya banyak keje sangat, kompeni tu bagi honeydays dulu, pastu senderi mau ingat lah. Position dia as Project Engineer memerlukan dia travel dgn lebih kerap. Aku takde masalah dalam bab keje nih, janji setiap Sabtu & Ahad, dia kena spend masa dgn aku - banyak mender nak kena carik untuk wedding nih ok.

Malam tadi umah aku macam tongkang pecah. Adik perempuan aku yang belajar kat Unisel tu balik. Dia teringin benor nak masak puding. Daripada sebelum raya arituh dia duk cakap nak buat puding. Bagus lah, dah ada kesedaran untuk dia belajar memasak. Tapi yang tak best tu, habis bersepah periuk belanga dalam sinki, atas meja. Geremm akak. Nak marah, dia tader kat umah. Keluar ntah pegi mana. Nampak puding yang dah siap terhidang atas meja.. haiii kesiannnn.. macam telur dadar je rupanya.. hahaha. Anyway sis, its a good try tho (Along tau hang baca blog nih - jgn mara arrr). Naisb baik takde kamera, kalau tak aku dah snap gambar telur dadar.. opss puding tu.

p/s: Another wishlist, aku nak compact digital kamera - tak kira lah cap apa pun. Nikon aku dah lama kaputtzz daa.

Esok Mamoru kena balik Kuala Selangor. Zin (presiden Kelab Outdoor Erat Pesona) mintak tolong Mamoru handle student yang datang kem minggu nih. Derang nak bawak bebudak tu mendaki Bukit Kelawar. Aku teringin sangat nak join Mamoru jadi urusetia. Tapi apakan daya.. ada tugas yang menunggu kat umah :(

Here's another trip for those yang interested:

XPDC Gunung Yong Yap
Location: Sungai Siput, Perak
Date: 1 - 3 Disember 2007
Fee: RM 120 (including guide, permit, rations & 4wd) transportation ke Sg Siput sdn bhd nahh
Contact person: Adik 012-7059747

6 comments:

13may said...

waaaa......bestnya daki gunung...

btw, thanks for visiting my blog :)

Anonymous said...

13may, memang tersangat lah best.. moh lah join outdoor..

Anonymous said...

tak balik kg kaa minggu nie...
baru plan nak pegi pantai reramai...

Anonymous said...

anoymous.. aik caper nih? my adik ipar kah? minggu nih tak dpt balik.. minggu depan oke? teman kitaorg cari butik mak andam sesama

Unknown said...

Thanks for visiting my blog.
Anyway, my past time was jungle trekking and naik gunung. Bila tgk blog awak, rasa mcm nak sambung balik hobi lama..

boleh join tak xpdc akan datang??

Syawal

Anonymous said...

syawal, boleh.. jom lah. sesama meriahkan sukan outdoor nih. next trip mcm yg aD letak kat dlm entry (bold merah).. jom!