Lately makin ramai pulak orang buat memender camnih ek? Best ke? Dapat apa? Ada perubahan apa-apa ke?
Baru beberapa minggu aritu orang Melayu buat..
Semalam, orang India pula..
Lepas nih.. Cina?
*mari duduk cangkung tepi jalan dan fikirkan masa depan Malaysia kita*
Sejujurnya, aku antara individu yang tak suka campur hal-hal macam nih. Lantak lah orang nak buat apa pun. Yang penting, aku, family aku, orang-orang yang aku sayang selamat. Selfish sangat kan? Haha.
Fikirlah kawan. Banyak cara lain nak express ketidakpuashatian tu. Banyakkkk lagi tempat lain yang boleh dipilih untuk buat perhimpunan nih tanpa ganggu orang lain semua. Nih pegi mengamuk rosakkan harta benda orang apa pekdahnya? Kut ye pun marah, pi la buat perhimpunan kat pulau yang tak berpenghuni. Pastu lepaskan marah dengan baling batu ke dalam laut. Baling lah sampai sengal tangan tu..
Fikirlah kawan. Dalam dunia kita sekarang nih tak ada seorang pun yg sempurna tingkah laku, baik budi bicaranya. Tak payah lah susahkan diri menuding sana sini. Kenapa tak letakkan je jari tu kat batang hidung sendiri? Susah ke? Tuhan takkan ubah nasib seseorang itu kalau kita tak usaha mengubah diri sendiri. Dan sekali lagi, cara nak ubah nasib diri tu bukanlah dengan menyertai mana-mana perhimpunan yang menyusahkan orang lain (seksa ok kalau jalan jem or harta benda rosak disebabkan mender-mender camnih!)
Sekali lagi kengkawan semua, kalau rasa nak join jugak perhimpunan camnih, sila inform awal-awal supaya anda semua boleh diberi peluang melawat dan tinggal di Iraq untuk beberapa hari sambil mengutip pengalaman yang penuh bermakna untuk perhimpunan yg bakal anda sertai. Rasalah camner orang sana gulingkan pemerintah derang secara membabi buta dan akhirnya.. tak dapat gak negara makmur, maju, aman yang derang hajati.. tau pulak sedih & nangis bila Saddam kena hukum gantung di pagi raya.. aperdaa..
*Me pungut adik-beradik, kaum keluarga, orang tersayang bawak berlindung.. err.. tataw kemana.. sedihnya*
dey thambi.. allo apek.. salam pak mat.. jom ngeteh.
6 comments:
Ohhhh aD. Setuju sangat. Ntah apa masalah derang ni tau.
Padahal bukan nak bising kat wakil derang. Tuh haa Incik Samy, senyap lah pulak...tak pon bukak mulut.
Pening-pening...dari bazir masa buat demonstrasi haram, baik usahakan kebun ke, toreh getah ke, dapat jugak hasilnya.
Akum sedara,
Kita di Malaysia ni negara yang dah 50tahun merdeka tapi pemikiran masih dijajah dan diperbodohkan oleh pemerintah yg memang tak boleh ditegur sedikit pun. Pernah ke keluar di media ada orang beri teguran pada Perdana Menteri?
Di Malaysia,mengikut undang2 rakyat boleh berhimpun. Zaman sebelum merdeka dulu pun orang2 melayu buat perhimpunan atau dikenali sebaga demontrasi (kalo tak reti jugak,buka buku sejarah ). Perhimpunan yg diadakan baru ni perhimpunan aman. Takder sorang pun cedera,takder satu pasu bunga pun pecah. Cuma utk menyatakan rintihan rakyat pada sistem yang ada sekarang kerana dah takder saluran nak mengadu. Jadi diorang ni mengadulah pada Agung kita.
Jadi sedara, kita sama2 lah buka minda. Jangan berfikiran negatif. Perhimpunan tak semestinya ganas, kita orang timur.Sifatnya masih lagi lemah lembut...
anony 1, tu namanya lebih sudu dari kuah.
anony 2, (pembetulan, 'saudari' lah) tak salah berdemonstrasi kalau tak menyusahkan orang. mcm yg saya tulis, pegilah buat perhimpunan kat pulau pangkor ke, pulau redang ke, pulau jerjak ke.. paling ok buat kat dewan (bukan kat tepi jalan) pastu panggil sidang media antarabangsa buat liputan - adil kan? takdelah menyusahkan orang lain yg tak terlibat. Nih traffic jam sampai pat lima jam. menyusahkan orang nak buat keje.
betul kut cakap kamu tu.. perhimpunan kelmarin 'tak ganas' memang takde satu pasu bunga pun yang pecah.. cuma setakat empat lima orang polis cedera parah dan beberapa kenderaan jahanam je.. tu belum boleh dinamakan ganas kan? kan?.. alahh bukan sedara kita pun yg cedera. bukan kereta kita yg rosak. tak gitu?
kelakar.
:)
Benda tuh sama je aD, cuma mata yang memandang lain...
-Anony1-
Bilalah aku nak berhenti guna Anonymous ni hi hi hi
Cik Anony 1.. tu lah, saya kat sini pun duk tunggu.. bila lah cik nak tukaq nama tu :)
Alah nak tukar, kang terkejut beruk plak org yang lalu-lalang ni.
Post a Comment