Tuesday, October 30, 2018

Tempat shopping best

Pasar borong basah 😊😊

Tempat terpaling best untuk mak-mak selain shopping mall.

Lepas membeli, kita menyiang dan asing2 dalam tupperware. Senang nak masak.

Ni kat pasar borong Selangor

Its that time of the year again ❤️

Skip run pagi ni. Aleesya tak sihat. Dedar dari semalam. Takut kalau dia menangis kalau dia perasan aku takda kat rumah. So ganti dengan core training.

Lusa masuk bulan November. My 3rd month of base training. Time to get more serious.

On other note, tinggal 2 bulan je sebelum berahir tahun 2018. Semoga pengahiran tahun ni dipenuhi dengan perkara yang baik2 aja.. insyaAllah.

Beet salad for dinner yesterday to beat my Monday 💪💪

Monday, October 29, 2018

Nak cuti lagi..

Rindu kat si kecik ni.

Tiga hari melepak kat rumah spend dengan dia pun tak cukup lagi.

Mommy masak kat dapur, dia duk menyelinap dalam bilik, main pondok2 dengan dolly

Ayat fav dia sekarang, "Oh my goodness!"

Anak dara jangan tido sampai matahari atas kepala tau. 💋

Chiang Mai Marathon Runcation

Dalam pada tanak join any race dalam tahun ni, ter-register pula satu lagi race.

Ni semua salah Vivien. Pandai sangat memujuk 😋 (padahal aku pun gedik nak pi juga)

So here goes my last event and runcation trip for this year: Chiang Mai marathon. First time nak pergi lari jauh2 tapi amik categori 10km je.. 😂

Note: Alhamdulillah atas rezeki. Its that time of the year again ❤️

Saturday, October 27, 2018

School trip

Kiddos ada school trip hari ni.

First time allowed Ariff pakai henfon. Setiap beberapa minit dia duk update kat whatapps dia dah sampai mana, buat apa, pegi mana. Pastu duk video call dan send gambar2 dia kat sana 😂😂

Almost maghrib baru dia sampai rumah. Dia siap belikan souvenir untuk semua orang. How thoughtful of him. So proud of u sayang ❤️

Layan gambar je lah nahh. 

Dengar cerita Putrajaya Night Marathon cancelled sebab hujan lebat. Baru excited nak tunggu result Breaking-4-project by Kysewrunners. Kesian depa duk training sungguh2 untuk even ni. Nak buat macam mana, musim hujan kan..

Antara gambar2 yang Ariff hantar. Banyak gambar blur. Maklum lah, baru belajar guna camera phone.. hihi

Naik buring unta. Beraninya anak mommy ni

Antara souvenir yang Ariff beli untuk mommy & Aleesya. Untuk Amarr dia beli robot apa ntah. Untuk daddy pun ada.

Thursday, October 25, 2018

Tambah koleksi buku

Dah kehabisan buku untuk dibaca. 

Aritu berjurai2 airmata lepas habis baca buku "Hidup Berjuang" karya Mohd Salehuddin. 

Sampai Mamoru siap pujuk suruh aku benti nangis. Lucu je.

Haish. Aku kalau dah menghayati watak dalam buku memang emo terlebih.

Tak sabar nak baca buku "Pulanglah Perantau" karya Aziz Jahpin yang baru sampai hari ni.

Terima kasih En Asmadi dari FB Pencandu Buku. Saya beli buku ni ya.

Buku ni cetakan kelima tahun 1978. Pemilik asal buku ni Zaleha Tasrib. Berapa agaknya usia pemilik buku ni sekarang eh? Tarikh dibeli maybe 23/1/79 masa pemilik masih bersekolah menengah. Aku lahir 7 bulan lepas tu. Now almost 40 years already. 

Cant wait to read this!

Tuesday, October 23, 2018

Progress vs Perfection

Its been 2 months since my OA diagnosis. 2 months of base training as well. Been increasing the intensity and distance a little further. Slowly. Steadily.

Tho, I havent really change anything, but I still keep on training. Keep on showing up. I ate healthy and God knows what else I do. Good  thing is, I felt stronger than I was before.

As my progress is a concern, I try not to think about it so much. They said, we could not see improvement from day to day training. But everyday when I show up, its already an improvement from  yesterday. Kan?

#keepshowingup
#everymilescount
#chasingmydreams

Sunday, October 21, 2018

Another runcation?

Another runcation hujung tahun ni, insyaAllah. Kira tune up run sebelum my A race next year 😊

Tak plan nak pi tapi bila dah kena pujuk rayu bisikan rindu dari Vivien.. cair akak.. 😂😂

Bertambah semangat nak training 💪💪

✌️❤️🏃

Anak makin membesar, makanan kena pelbagai. Tunjuk skill masak kat anak2 😁

Its Mader-doter's day

Kiddos ada robotik class pagi tadi. Kelas sejam je every Sunday for 3 months. Pastu depa akan masuk compettion inter- school.

Kelas ni kiddos yang request. Depa minat sangat dengan robot2 ni. Mommy & daddy layan kan je. Bagus juga depa minat mender2 camni. Coz in future Robotik & IT salah satu peluang kerjaya yang sangat penting.

Normally, daddy ya g hantar kiddos. Tapi hari ni daddy ada hiking trip, so mommy take over task daddy.

Habis kelas, kiddos pi spend time dengan cousins depa. 

So, mommy & Aleesya got to spend our precious mader-doter time together ❤️❤️

Teringin nk pi mani&pedi dengan si kecik ni.. hihi.. jom!

Her birthday is just around the corner 😊

Nak sikit?

My anak2

Ya g dilindungi

Kiddos dgn robotik team. Tak sampai 20 orang pun. 

Aleesya loves pretty painting

Hantar abang gi kelas

Saturday, October 20, 2018

Long run checked

Long run executed perfectly this morning!

I ran a little faster than last week.

Last week, 13k in 1:31
Today, 15k in 1:39

Legs felt great. Even most of the route are hilly 💪💪

I have another 3k to complete the week mileage. Save for easy run tomorrow morning 😊😊

Friday, October 19, 2018

Weekend is here

Busy like a queen 🐝🐝🐝 this few days. Nak keluar lunch pun tak sempat.

Esok long run session, yeay! Will be running my long run alone again. Tak jumpa lagi running partner. Nak join group lain tak berani. Pace masing2 tak sama. Aku still in recovery lagi. Selow melow..

Malam tadi buat speed session.10 x 100 meter. Im so lovin this session! Kaki rasa best sangat. To a certain point, my pace for one of  my 100 meter reps cecah 3:01. Im soooo stoked!!  😱😱

Cant wait for tomorrow long run! 💪💪💪 Bring it on!

On another note (Edited): I think my fb post is very interesting kut. Asalkan mereka bahagia 😊

Wednesday, October 17, 2018

Hujanggg..

Tak lari pagi ni. Bangun pukul 4 pagi tinjau kat tingkap, hujan tengah lebat. Almost pukul 6 pagi baru berenti. 

Kena tukar lari time malam ni lah nampaknya.

Hari ni kena beli barang2 untuk ujian Dunia Seni Visual for kiddos. Masing2 dah plan nak buat kraf untuk exam seni kali ni. 

Cakap pasal exam, malam tadi aku tanya kiddos hows their exam (yesterday's paper). Ariff & Amarr serentak cakap, "Senang sangat". Ariff siap cakap dia confiden dapat 100% mark. 

Amboiii. Kemain kan. Aku cek jadual, Hmm, patutlah, semalam paper BI. Cuba kasi paper BM. Mau garu kepala masing2. 😂😂

Tuesday, October 16, 2018

Banjir

Ayah hantar gambar ni.

Tahun lepas pun sama juga. Asal hujung tahun, kebun ayah bertukar jadi tasik. Nak masuk kebun kena naik sampan.

Tahun ni nasib baik ayah tak ada tanam apa2 lagi kat kebun. Sebab tahu, time2 macam ni memang akan banjir lagi.

Dulu, waktu2 hujan lebat, kami adik beradik akan risau rumah ayah banjir. Bukan sekali dua rumah masuk air. Banyak kali.

Cuma sejak ayah pindah masuk ke rumah baru, kami tak perlu risau setiap kali hujan ribut atau banjir lagi.

Dulu masa nak beli rumah tu, ramai orang kampung dan saudara mara tak setuju. Kata mereka, kenapa beli rumah kat kampung kalau taknak duduk kampung. Aku pun tak terkata apa bila ditanya macam tu.

Tapi sekarang baru aku tau kegunaan rumah tu. Bekalan untuk kemudian hari.

Since ayah takde keje kat kebun, next week nak kidnap bawak ayah pegi short gateway. Hiburkan hati ayah. Lagi pun tanak kasi ayah main air banjir. Tak elok untuk kesihatan. Ekceli, jeles.. ayah main sampan sorang2. Tak ajak kami pun 😂

Note: Dapat banyak 'like' kat fb hari ni 🤔. Kalau niat like sebab suka dengan apa yang dikongsikan kat situ, alhamdullilah.

Faster

#strongerfurtherfaster

Cantik cuaca pagi ni. Kaki gatal nak lari tapi its restday. Got to respect that.

So this morning just focus on building upper body strenght for 30 minutes then mandi and off to work.

Monday, October 15, 2018

Happy Monday

Did my interval at 4.45am this morning! What a nice weather to run 💪💪

Habis lari, mandi & siapkan kiddos. I didnt even let Mamoru help me with the kids. Biarkan Mamoru rehat. He deserves it after more than 2 weeks ulang alik Melaka-KL. 

Kiddos also busy this week with their final exam. Gambatte, guys!

Work hard okat. Nanti kita reward ourself with our year end trip ❤️

People will love you,
People will hate you,
And none of it will have anything to do with you.
😊😊😊😊😊



Sunday, October 14, 2018

Simple baking

Bila happy, semua boleh jadi 😊😊

Berasap2 dapur hari ni. Tak cukup dengan masak lemak daging salai & sup. Desert pun mommy gigih buat untuk kiddos.

As appreciation  sebab masing2 rajin cuci toilet..hihi

Marble kek. Makan panas2. Sangat soft.. kejap je licinn. Dapp oii 🤤🤤🤤

Special sebab guna choc beryls. Serbuk koko takde..kiki. 

Alhamdullilah for everything

Its not how big the house is, its how happy the home is

People said, a messy house is a happy home. Id say thats bullshit. Its unhealthy environment for you, your kids and definitely your hubs. Stop spending 24-7 on facebook, whatapps, igs or twitter. Go clean your house, woman.

Some people miss the message because they're too busy looking for the mistake 😊


Photo taken by Mamoru ❤️

Farther

Did my recovery run just now. Dan alhamdullilah! So far, everything went well.

Cant wait for  Monday! Bring it on!

#everymilescount
#98days

Saturday, October 13, 2018

Long run

Awal2 pagi dah keluar rumah. Excited plus nervous nak buat long run. Risau pun ada. Dah lama tak lari lebih dari 10km.

Dan alhamdulilah. Happy sangat! Seriously happy!

Managed to run 13km as planned with pain free. Pace pun tersusun cantik. Easy run je pun. Lutut rasa best. Rasa nak je teruskan lari dan tanak berhenti tadi. Tapi, terpaksa pujuk hati supaya stop on time.

Ive been holding back for way to long already. Takpa lah, next week, kita try increase distance lagi. One step at a time. Sabar naa..

#happyme
#everymilescount
#99days

Friday, October 12, 2018

Stronger

Stop letting your head talk your heart out of it.

#believe
#everymilescount

Yang dilindungi

Tiru mommy buat push up.. iyeargghhhh.. lapan lagi.

Tuesday, October 09, 2018

Week 2

Started increasing mileage in this month (as planned) Slowly. So far, so good. I need some of trail training too. Heard they will re-open Nuang trail via Pangsun soon. Thats great news. Perfect timing.

Oklah. Got lotsa things to do. Cuti hari ni. Heaven sungguh.  😊😊

Friday, October 05, 2018

My A race target

Drafting my own training schedule. Its time to add a lil bit mileage.

Decided to choose Wednesday as my restday - to completely rest, relax, unwind, etc - Never take Wednesday for granted!

Let see how it goes!

Now lega sikit. Mon - Sunday boleh focus 100% on training without distraction anymore 😊

Running partner

Im looking for training partner(s). Desperately looking for one (or two / more). 

I dont care, if she (yes, must be woman) is a slow runner or never run before. As long as she want to run with me every weekend (thats all I ask - running partner(s) on weekend). Weekdays also welcome, if she wants.

Im now started my base training. I will be running very slow. And I would be more than happy to run at your pace. No matter how slow u are.

Do inform me, anyone, if u want me to be ur partner 😊😊❤️❤️

Weird things:

Aleesya makan roti / oreo, dia suka makan kulit roti / biskut oreo sahaja. Inti dalam roti dan cream oreo dia tak makan
Ariff pula akan makan isi dalam roti / cream oreo. Bahagian luar roti/biskut oreo dia tak makan
Amarr pula tak kisah. Dua2 dia makan.

Thursday, October 04, 2018

Amarr

Bila tiba musim hujan, kesihatan anak2 pun tak menentu. Minggu lepas Ariff & Amarr admitted kat hospital 3 hari. Asthma.

Then, baru je sihat, semalam Amarr start demam lagi. Cikgu Rabiatul call mommy semalam. Inform Amarr demam. Mommy berlari tak jejak tanah dari Menara Maybank ke LRT. Pastu pecut kereta laju2 sampai ke sekolah Amarr. Mommy tengok Amarr lembik aje kat pejabat sekolah.

Mommy dukung Amarr all the way sampai parking dan bawak Amarr ke taska. Tak terasa pun berat dukung anak mommy ni tho berat Amarr dah 18kg. Alhamdullilah. Tak sia2 mommy buat core strenght selalu.

Hari ni Amarr dah Ariff start final exam. Tapi mommy tak kisah pun kalau Amarr tak dapat attend exam. So mommy tak hantar kasut sekolah Amarr ke taska knowing Amarr still demam dan tak larat pergi sekolah.

Tapi tengahari tadi dapat text dari cikgu Rabiatul. Dia hantar gambar Amarr yang bersungguh dan tampak ready nak amik exam hari ni.

Terkejut mommy tengok Amarr gigih pergi sekolah pakai selipar 😂😂

Mommy doakan hati anak2 mommy terang dan fikiran anak2 tenang dalam menjawab soalan peperiksaan. Semoga Anak2 mommy berjaya didunia dan akhirat. Amin ya Rabb.

Terima kasih cikgu Rabiatul tengok2 kan Amarr. Cikgu Rabiatul guru yang sangat baik dan berdedikasi. Mommy doakan cikgu Rabiatul sentiasa cemerlang dan dikurniakan segala kebaikan dunia akhirat ❤️

Weekend comes early.

Alhamdullilah atas rezeki.
Breakfast pagi ni
Homemade.

Monday, October 01, 2018

Hiking gunung Berembun, gunung Telapa Buruk & Royal Air Force 1945 crash site

Kembali ke asal. 

#sincerunningistoomainstream
#sinceiwasrestrictedfromrunningmarathon
#backtowhatitrulylove

Hiking.

Aku start hiking 24 tahun dulu. Masa umur 15 tahun in 1994 - naik gunung Ledang.

Dan start dari situ, aku jadi addicted masuk hutan. 

2006, tahun yang paling kerap aku masuk hutan. Every weekend masuk dan tidur dalam hutan. Travel utara selatan sampai ke Borneo semata nak panjat gunung. 

Tapi since dah ada anak2, komitment banyak. Hutan terpaksa tolak tepi. Thats when I started running. And eventually fall in love with it.

Dan, bila doktor cakap aku tak boleh lari marathon, aku terima dengan lapang dada. Perhaps its time to slow down (but not to stop). Sebab by running, I can always keep my fitness level in check - Making hiking or mount climbing so much easier to do.

Thanks so much to Sebastian - My ex teammate during trip Gunung Tahan Ultra-lite 2D1N (from Merapoh to Kuala Tahan). 

Gunung Berembun & Telapa Buruk ni dah lama ada dalam wishlist. cuma masa selalu tak ada. Dan aku selalu choosy sikit nak naik gunung. Kalau boleh nak naik dengan team yang experienced dan laju. Sebab aku tak boleh nak afford kalau terkandas dalam hutan sampai malam. Bukan sebab takut berjalan malam dalam hutan. Im ready for that (headlamp pun memang dah ready dalam beg). Tapi kalau awal2 dah plan untuk dayhike, better lah keluar dari hutan sebelum waktu malam. Unless memang nak overnight.

 Dah alhamdullilah, everything goes smoothly dengan team Sebastian. Memang laju2 team dia. Few of them memang trail runners. Tho team kami yang last masuk kawasan hutan dara ni, tapi team kami juga yang terawal keluar dari hutan. Termasuk team kami,  ada 3 team lain yang turut hiking sama2 hari tu.

Kami start hiking pukul 9.30 pagi dari loji air. Parking dekat kawasan renjer. Bayar permit RM5 seorang. 

Trail dari renjer ke Lata Berembun amik masa dalam 40 minit dan agak landai. Aku jadi sweeper kat belakang sekali. Banyak stop amik gambar. Trail clear. Banyak cross anak2 sungai yang kecil.

Dari Lata Berembun ke gua Kambing amik masa dalam sejam. Mostly sebab trail jem.. hihi. Terserempak dengan team lain. Team yang ni bawa ramai beginners. Terpaksa jalan perlahan sebab trek muat2 untuk seorang je. Trail kat sini dah start menaik. 

Kami sampai gua Kambing dalam pukul 11 pagi. Kat sini, kami jumpa team yang lain pula. Lama kami melepak kat sini sebab tunggu team mate kat belakang. Mereka bukan jalan lambat, tapi leka amik gambar. Maklum lah, cuaca lepas hujan memang menarik. Banyak bunga2 hutan, dan cendawan2 yang cantik tumbuh melata. Sementara menunggu, aku makan nasi lemak yang aku tapau kat pekan Kelawang pagi tu. 

Ramai yang ingat aku masak makanan dari rumah disebabkan style aku bungkus nasi lemak. Aku campur semua sekali dalam satu plastik. Nak makan just goncang je plastik tu kasi sebati sambal dan nasi.. haha. 

Walhal, aku beli kat pekan Kelawang macam depa gak. Cuma masa makcik jual nasi lemak tu nak bubuh dalam polistrene, aku request suruh masuk dalam plastik lauk je. Tak kuasa lah nak bawak polistrene keluar-masuk hutan. Makan space banyak. Ni tips nak jimatkan ruang dalam beg coz aku bawak waterbag je. Space limited. Kalau nak lebih environmental friendly, bawak je tupperware kecik. Confirm takde nak buang sampah dalam hutan.

Trek dari gua Kambing ke puncak gunung Berembun almost macam trek Lolo ke Pacat. Menaik dan menaik je. Ada dalam sejam jugak la nak sampai puncak. Kat sini, mostly aku hike sorang2.

Aku sampai puncak Berembun pukul 12.30 tgh. Lepas bergambar & rehat sekejap kat puncak Berembun, aku terus proceed ke puncak gunung Telapa Buruk. Ada satu team tu, diorang hike sampai Berembun je dan turun semula.

Trail ke Telapa Buruk tak seteruk Berembun. Mostly landai. Amik masa dalam 35 minit sampai puncak. Pukul 1.40 petang aku sampai gunung Telapa Buruk. Puncak gunung ni atas permatang. Kiri kanan tebing curam. Dari sini dah boleh nampak kesan kapal terbang Royal Air Force 1945 yang terhempas. 

Kami amik kesempatan turun ke bawah permatang untuk tengok lebih jelas bangkai pesawat RAF ni. 

Tak boleh nak imagine perasaan masa berada kat atas tinggalan sejarah ni. Kagum & sedih bercampur baur. Kagum sebab, I was there at the crash site to witness and touch the plane. Dan sedih bila mengenangkan nasib dan perasaan mereka yang terlibat dalam nahas ni.

 Tak lama kami duduk kat sini coz masa ni cuaca tiba2 gelap dan nak hujan. So, cepat2 patah balik ke gunung Berembun.

Masa backtrack memang tak banyak berhenti sebab nak kejar masa. Kalau boleh nak keluar sebelum malam. Dan kat sini, all the time aku hike sorang2 sebab team depan terlalu laju, team belakang pula leka bergambar. Jalan dalam hutan ni kadang2 melekakan. Not advisable jalan sorang2. Jangan tiru macam aku tau.

Masa kat Lata Berembun, baru aku jumpa orang depan. Depa pakat mandi sungai kat sini. Aku inform Sebastian nak balik awal. So teruskan perjalanan dalam 30 minit sorang2 keluar hutan. Masa on track, gerun juga sebab banyak lalu kat kawasan anak sungai & paya. Cuaca dalam hutan bila pukul 5 petang dah gelap tau. Binatang suka keluar bila gelap2. Bab gelap, tak takut sangat. Cuma bab binatang buas tu je yang gerun. Especially kawasan hutan dara. Aku pulak lupa nak bawa pisau atau parang. Doa dan tawakkal je lah.

Alhamdullilah, tepat pukul 5 petang aku sampai renjer dengan selamat. Terus start enjin keta dan keluar ke pekan cari toilet nak bersihkan badan. 

Dan syukur sangat sebab cuaca yang mendung tadi bertukar cerah semula. Yeay, aku dah berjaya takluk dua gunung gunung idaman sekaligus. 

Tenkiu Sebastian for this trip! Hilang rindu masuk hutan ❤️

Next?


Starting point. Kena bayar RM5 kat pegawai bertugas kat sini.

Sebastian & me

The trail to Lata Berembun. Masa aku pegi ni trail kering. Pacat tak banyak.

Cross titi balak kat Lata Berembun

Kayu balak ni dah lama. Licin. Kena hati2

Air terjun kecil kat lata Berembun

Half of the team

Bertembung dengan team lain atas trek. Jem.

Banyak cross sungai2 kecil

Gua Kambing.

Kat sini penuh peralatan camping macam kat puncak bukit Saga.

Ada pondok buluh kat tepi batu besar

View dari pankin pondok buluh

Puncak gunung Berembun

Beirut masih kukuh

Buah hutan

Puncak gunung Telapa Buruk

View permatang puncak Telapa Buruk

Sign board nama2 yang terlibat nahas kapal terbang 1945

Our team. Aku sorang je melayu 😁

The girls duduk atas sayap kapal terbang

A bit creepy. Ni bahagian badan. Kat bawak tu still ada tayar kapal terbang yang masih elok.

Ni bahagian  kokpit dan sebahagian sayap lagi.