KENGKAWAN

Thursday, October 04, 2018

Amarr

Bila tiba musim hujan, kesihatan anak2 pun tak menentu. Minggu lepas Ariff & Amarr admitted kat hospital 3 hari. Asthma.

Then, baru je sihat, semalam Amarr start demam lagi. Cikgu Rabiatul call mommy semalam. Inform Amarr demam. Mommy berlari tak jejak tanah dari Menara Maybank ke LRT. Pastu pecut kereta laju2 sampai ke sekolah Amarr. Mommy tengok Amarr lembik aje kat pejabat sekolah.

Mommy dukung Amarr all the way sampai parking dan bawak Amarr ke taska. Tak terasa pun berat dukung anak mommy ni tho berat Amarr dah 18kg. Alhamdullilah. Tak sia2 mommy buat core strenght selalu.

Hari ni Amarr dah Ariff start final exam. Tapi mommy tak kisah pun kalau Amarr tak dapat attend exam. So mommy tak hantar kasut sekolah Amarr ke taska knowing Amarr still demam dan tak larat pergi sekolah.

Tapi tengahari tadi dapat text dari cikgu Rabiatul. Dia hantar gambar Amarr yang bersungguh dan tampak ready nak amik exam hari ni.

Terkejut mommy tengok Amarr gigih pergi sekolah pakai selipar 😂😂

Mommy doakan hati anak2 mommy terang dan fikiran anak2 tenang dalam menjawab soalan peperiksaan. Semoga Anak2 mommy berjaya didunia dan akhirat. Amin ya Rabb.

Terima kasih cikgu Rabiatul tengok2 kan Amarr. Cikgu Rabiatul guru yang sangat baik dan berdedikasi. Mommy doakan cikgu Rabiatul sentiasa cemerlang dan dikurniakan segala kebaikan dunia akhirat ❤️

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...