KENGKAWAN

Monday, October 01, 2018

Hiking gunung Berembun, gunung Telapa Buruk & Royal Air Force 1945 crash site

Kembali ke asal. 

#sincerunningistoomainstream
#sinceiwasrestrictedfromrunningmarathon
#backtowhatitrulylove

Hiking.

Aku start hiking 24 tahun dulu. Masa umur 15 tahun in 1994 - naik gunung Ledang.

Dan start dari situ, aku jadi addicted masuk hutan. 

2006, tahun yang paling kerap aku masuk hutan. Every weekend masuk dan tidur dalam hutan. Travel utara selatan sampai ke Borneo semata nak panjat gunung. 

Tapi since dah ada anak2, komitment banyak. Hutan terpaksa tolak tepi. Thats when I started running. And eventually fall in love with it.

Dan, bila doktor cakap aku tak boleh lari marathon, aku terima dengan lapang dada. Perhaps its time to slow down (but not to stop). Sebab by running, I can always keep my fitness level in check - Making hiking or mount climbing so much easier to do.

Thanks so much to Sebastian - My ex teammate during trip Gunung Tahan Ultra-lite 2D1N (from Merapoh to Kuala Tahan). 

Gunung Berembun & Telapa Buruk ni dah lama ada dalam wishlist. cuma masa selalu tak ada. Dan aku selalu choosy sikit nak naik gunung. Kalau boleh nak naik dengan team yang experienced dan laju. Sebab aku tak boleh nak afford kalau terkandas dalam hutan sampai malam. Bukan sebab takut berjalan malam dalam hutan. Im ready for that (headlamp pun memang dah ready dalam beg). Tapi kalau awal2 dah plan untuk dayhike, better lah keluar dari hutan sebelum waktu malam. Unless memang nak overnight.

 Dah alhamdullilah, everything goes smoothly dengan team Sebastian. Memang laju2 team dia. Few of them memang trail runners. Tho team kami yang last masuk kawasan hutan dara ni, tapi team kami juga yang terawal keluar dari hutan. Termasuk team kami,  ada 3 team lain yang turut hiking sama2 hari tu.

Kami start hiking pukul 9.30 pagi dari loji air. Parking dekat kawasan renjer. Bayar permit RM5 seorang. 

Trail dari renjer ke Lata Berembun amik masa dalam 40 minit dan agak landai. Aku jadi sweeper kat belakang sekali. Banyak stop amik gambar. Trail clear. Banyak cross anak2 sungai yang kecil.

Dari Lata Berembun ke gua Kambing amik masa dalam sejam. Mostly sebab trail jem.. hihi. Terserempak dengan team lain. Team yang ni bawa ramai beginners. Terpaksa jalan perlahan sebab trek muat2 untuk seorang je. Trail kat sini dah start menaik. 

Kami sampai gua Kambing dalam pukul 11 pagi. Kat sini, kami jumpa team yang lain pula. Lama kami melepak kat sini sebab tunggu team mate kat belakang. Mereka bukan jalan lambat, tapi leka amik gambar. Maklum lah, cuaca lepas hujan memang menarik. Banyak bunga2 hutan, dan cendawan2 yang cantik tumbuh melata. Sementara menunggu, aku makan nasi lemak yang aku tapau kat pekan Kelawang pagi tu. 

Ramai yang ingat aku masak makanan dari rumah disebabkan style aku bungkus nasi lemak. Aku campur semua sekali dalam satu plastik. Nak makan just goncang je plastik tu kasi sebati sambal dan nasi.. haha. 

Walhal, aku beli kat pekan Kelawang macam depa gak. Cuma masa makcik jual nasi lemak tu nak bubuh dalam polistrene, aku request suruh masuk dalam plastik lauk je. Tak kuasa lah nak bawak polistrene keluar-masuk hutan. Makan space banyak. Ni tips nak jimatkan ruang dalam beg coz aku bawak waterbag je. Space limited. Kalau nak lebih environmental friendly, bawak je tupperware kecik. Confirm takde nak buang sampah dalam hutan.

Trek dari gua Kambing ke puncak gunung Berembun almost macam trek Lolo ke Pacat. Menaik dan menaik je. Ada dalam sejam jugak la nak sampai puncak. Kat sini, mostly aku hike sorang2.

Aku sampai puncak Berembun pukul 12.30 tgh. Lepas bergambar & rehat sekejap kat puncak Berembun, aku terus proceed ke puncak gunung Telapa Buruk. Ada satu team tu, diorang hike sampai Berembun je dan turun semula.

Trail ke Telapa Buruk tak seteruk Berembun. Mostly landai. Amik masa dalam 35 minit sampai puncak. Pukul 1.40 petang aku sampai gunung Telapa Buruk. Puncak gunung ni atas permatang. Kiri kanan tebing curam. Dari sini dah boleh nampak kesan kapal terbang Royal Air Force 1945 yang terhempas. 

Kami amik kesempatan turun ke bawah permatang untuk tengok lebih jelas bangkai pesawat RAF ni. 

Tak boleh nak imagine perasaan masa berada kat atas tinggalan sejarah ni. Kagum & sedih bercampur baur. Kagum sebab, I was there at the crash site to witness and touch the plane. Dan sedih bila mengenangkan nasib dan perasaan mereka yang terlibat dalam nahas ni.

 Tak lama kami duduk kat sini coz masa ni cuaca tiba2 gelap dan nak hujan. So, cepat2 patah balik ke gunung Berembun.

Masa backtrack memang tak banyak berhenti sebab nak kejar masa. Kalau boleh nak keluar sebelum malam. Dan kat sini, all the time aku hike sorang2 sebab team depan terlalu laju, team belakang pula leka bergambar. Jalan dalam hutan ni kadang2 melekakan. Not advisable jalan sorang2. Jangan tiru macam aku tau.

Masa kat Lata Berembun, baru aku jumpa orang depan. Depa pakat mandi sungai kat sini. Aku inform Sebastian nak balik awal. So teruskan perjalanan dalam 30 minit sorang2 keluar hutan. Masa on track, gerun juga sebab banyak lalu kat kawasan anak sungai & paya. Cuaca dalam hutan bila pukul 5 petang dah gelap tau. Binatang suka keluar bila gelap2. Bab gelap, tak takut sangat. Cuma bab binatang buas tu je yang gerun. Especially kawasan hutan dara. Aku pulak lupa nak bawa pisau atau parang. Doa dan tawakkal je lah.

Alhamdullilah, tepat pukul 5 petang aku sampai renjer dengan selamat. Terus start enjin keta dan keluar ke pekan cari toilet nak bersihkan badan. 

Dan syukur sangat sebab cuaca yang mendung tadi bertukar cerah semula. Yeay, aku dah berjaya takluk dua gunung gunung idaman sekaligus. 

Tenkiu Sebastian for this trip! Hilang rindu masuk hutan ❤️

Next?


Starting point. Kena bayar RM5 kat pegawai bertugas kat sini.

Sebastian & me

The trail to Lata Berembun. Masa aku pegi ni trail kering. Pacat tak banyak.

Cross titi balak kat Lata Berembun

Kayu balak ni dah lama. Licin. Kena hati2

Air terjun kecil kat lata Berembun

Half of the team

Bertembung dengan team lain atas trek. Jem.

Banyak cross sungai2 kecil

Gua Kambing.

Kat sini penuh peralatan camping macam kat puncak bukit Saga.

Ada pondok buluh kat tepi batu besar

View dari pankin pondok buluh

Puncak gunung Berembun

Beirut masih kukuh

Buah hutan

Puncak gunung Telapa Buruk

View permatang puncak Telapa Buruk

Sign board nama2 yang terlibat nahas kapal terbang 1945

Our team. Aku sorang je melayu 😁

The girls duduk atas sayap kapal terbang

A bit creepy. Ni bahagian badan. Kat bawak tu still ada tayar kapal terbang yang masih elok.

Ni bahagian  kokpit dan sebahagian sayap lagi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...