KENGKAWAN

Tuesday, October 16, 2018

Banjir

Ayah hantar gambar ni.

Tahun lepas pun sama juga. Asal hujung tahun, kebun ayah bertukar jadi tasik. Nak masuk kebun kena naik sampan.

Tahun ni nasib baik ayah tak ada tanam apa2 lagi kat kebun. Sebab tahu, time2 macam ni memang akan banjir lagi.

Dulu, waktu2 hujan lebat, kami adik beradik akan risau rumah ayah banjir. Bukan sekali dua rumah masuk air. Banyak kali.

Cuma sejak ayah pindah masuk ke rumah baru, kami tak perlu risau setiap kali hujan ribut atau banjir lagi.

Dulu masa nak beli rumah tu, ramai orang kampung dan saudara mara tak setuju. Kata mereka, kenapa beli rumah kat kampung kalau taknak duduk kampung. Aku pun tak terkata apa bila ditanya macam tu.

Tapi sekarang baru aku tau kegunaan rumah tu. Bekalan untuk kemudian hari.

Since ayah takde keje kat kebun, next week nak kidnap bawak ayah pegi short gateway. Hiburkan hati ayah. Lagi pun tanak kasi ayah main air banjir. Tak elok untuk kesihatan. Ekceli, jeles.. ayah main sampan sorang2. Tak ajak kami pun 😂

Note: Dapat banyak 'like' kat fb hari ni 🤔. Kalau niat like sebab suka dengan apa yang dikongsikan kat situ, alhamdullilah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...