Sunday, February 24, 2019

Beli khemah camping

Pegi decathlon lagi hari ni.

Plan asal nak beli bike helmet untuk Amarr & running shoes for kiddos. Tapi, tu lah.. Decathlon ni "berhantu". Macam kena rasuk je bila shopping kat dalam tu.

Dan ter-tambah lagi koleksi khemah. Kali ni, sikit punya besau daa. Boleh muat 8 orang kat dalam tu. Siap boleh berdiri dengan selesa. Boleh letak katil, kipas, meja segala bagai lah.

Ni kalau bawak orang tua2 camping, sure diaorang suka sebab tak payah nak terbongkok2 masuk dalam khemah. Boleh solat dengan selesa. Tinggi tau khemah ni, kalau aku lurus tangan ke atas pun tak cecah bumbung.

Kukuh pun iya. Tak payah risau budak2 berlari keluar masuk khemah, confirm takkan runtuh.. 😁😁

Err.. so, da ada khemah besau baru ni, bila nak campingnya?

*krik krik krik*

😂😂😂
Besar. Berat 7.7kg. Setakat camping2 tepi sungai, laut, memang terbaik. Tapi tak boleh bawak masuk gunung, tergeliat bahu pikul dia saja. 

Ada pintu depan belakang. Ada tingkap juga. Tinggi, so tak panas macam khemah biasa.

Tak sabar nak try set up.

Kalau nak santai2 tepi rumah pun boleh kot..

So, bila ni? Nak gi Camping...

No comments: