KENGKAWAN

Tuesday, February 05, 2019

Selagi ada

Lambat sangat nak tunggu birthday ayah, so decided to give him one anyway. Takde apa2 occasion pun. Selagi ayah ada..

Birthday ayah nanti, kasi lain hadiah pula 😊😊

Ayah sangat menjaga hadiah2 yang anak2 bagi kat dia. Buktinya, ayah masih pakai jam yang aku hadiahkan 18 tahun dulu. Jam tu jenama Casio. Murah je dalam seratus lebih. Aku beli guna duit PTPTN (hihi). Beli masa zaman belajar kat UUM tahun 2000. Dulu, asal  ada duit lebih, aku  memang akan belikan something untuk ayah dan adik2. Walaupun duit tinggal nyawa2 ikan pun, tetap akan belikan something setiap kali nak balik kampung.

Teringat towel yang aku belikan untuk ayah pun ayah pakai dan simpan sampai sekarang. Towel tu dah hampir reput. Kaler pun dah kusam. Macam kain kain buruk pun iya. Rasa nak buang je. Tapi ayah simpan juga. Barang lain pun sama. Haish. 

Nih henfon kedua aku belikan untuk ayah. Mamoru yang pilihkan. I love Huawei and use this brand too. Harap ayah pun suka ❤️



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...