My Suunto Spartan Sports Baro (with wrist HR), tak pernah accurate (like, at all). Kalau tengok HR data kat Movecount or Strava, confirm semua kat Zone 5. Easy run pun zone 5 peginya 😂😂
HR data tak accurate bukan sebab jam tu tak ok. Jam terbaik cuma pergelangan tangan aku terlalu kecil. Almost sama saiz dengan wrist Aleesya (3 years 3 months) 😂😂 So, HR tak boleh detect especially bila aku berlari.
Suruh Mamoru surveykan Garmin. First time nak beralih arah dari Suunto ke Garmin. Selepas lebih 10 tahun aku setia pakai Suunto.
Dah teruja nak pakai Garmin Fenix 5. Tapi bila baca review.. hurm terus kansel. Ramai komplen kena return product sebab defect, lambat detect GPS, jam masuk air, dan paling tak boleh accept, auto retart / reload masa tengah run (yang ni ngeri kalau jadi masa race) 😂😂
Well, maybe tak semua jam Garmin macam tu, tapi better avoid dari aku sakit hati nanti.. hihi
Sepanjang 10 tahun aku pakai Suunto tak pernah langsung jadi macam kat atas ni. Tak pernah. Maka stick to Suunto la jawabnya.
But still, nak kena cari Suunto with HR belt. No more wrist HR 😂😂
No comments:
Post a Comment