
Dalam hutan duk pikul haversack.. kat luar pikul aku la pulak.. huhuhuhu..
Nih nenek aku. Dalam tak sihat dia tolong gak membersihkan lumpur yg tebal dalam rumah bapak.
p/s: Nantikan entry banjir kat Masjid Tanah episod seterusnya kat blog nih. Aku dah fade up nak hidup bawah kerajaan BN negeri Melaka. Rasa macam orang bodoh pulak pi undi BN selama aku hidup nih. Menyesal gila ok bila teringat aku duk pangkah BN sekali lagi masa PRU aritu.. tensi!
Puteri Gunung Ganang al aD: "Kanda, coba kanda ceritakan kembali pada adinda, bagaimanakah rupanya penunggu puncak Nuang itu?"
Hang Mamoru : "Benar dinda ingin mendengarnya"
Puteri Gunung Ganang al aD : "Benar kanda" (sambil tergedik-gedik)
Hang Mamoru : "Penunggu Nuang itu amat menakutkan.. wajahnya.. wajahnya.. yahhhhh wajahnyaa beginiiihhhhhh" (sambil buat muka seram)
Puteri Gunung Ganang al aD : "Alaa kanda nih.. ada-ada saja lah" (gelak sambil terbahak-bahak)
(Sila abaikan dialog gedik nih memandangkan entry ini ada maksud lain seperti yg dibawah.. hehe)
Ehem hemm.. (ejas suara jap .. please pasang melodi yg mood romentika sikit ok)..
Buat Mamoru yang amat saya sayangi,
Saya nak ucapkan banyakkkk sangat terima kasih nih. Take note setiap satu tau. Ok, here goes (tapi, sebelum tu maaf ya, saya tak pandai berkata-kata):
Terima kasih atas keberanian awak untuk melamar saya.. walhal saya lebih tua dua tahun dari awak.
Terima kasih kerana buat saya kenal erti cinta sebenar dalam keadaan saya hampir tidak mempercayai kewujudannya.
Terima kasih kerana menjadi suami saya dan mengangkat martabat saya setingginya sebagai seorang isteri.
Dan akhir sekali terima kasih atas kegembiraan yang awak bawa dalam hidup saya.. terutamanya gurauan awak yang selalu buat saya tertawa.
Selamat hari lahir, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dikuatkan iman, dijauhkan dari rasa iri dan segala petaka yang tidak diingini.
Harapan saya agar usia perkahwinan kita yg baru berusia dua bulan nih sentiasa ceria berkekalan hingga ke hujung nyawa.
Salam sayang,
Isterimu
------------------------------------------------------------------
Note: