Friday, February 25, 2022

Sabah roadtrip : Bunga Raflesia & Rumah Panjang Bavanggazo

Lepas checkout dari Poring, kami menuju ke destinasi seterusnya - Kudat. 

Perjalanan ke Kudat mengambil masa hampir 3 jam memandu dari Poring. Jalanraya pula hanya 2 lane melalui kawasan gunung, bukit bukau dan tiada lampu jalan. Sangat bahaya kalau memandu diwaktu malam sebab jalan² disini tak selamat. Banyak tanah runtuh yang belum diperbaiki, jalan tertimbus, dan ada juga jalan yang tinggal satu lane sahaja sebab lane sebelah dah menjunam ke dalam gaung yang dalam dan ditutup kanvas sahaja (imagine jalan simpang pulai cameron yang runtuh - even worst). Harap² semua jalan² ni dibaiki segera. 

Kebanyakkan kenderaan yang melalui jalan ni semuanya menggunakan 4wd. Mungkin sebab keadaan jalan yang bergunung ganang. Kami ja yang pakai Bezza. Memang hadap je lah naik bukit perlahan² 😅😅. Takpa, biar lambat asal selamat ongkate.

Pitstop yang pertama hari ni, kami pergi tengok bunga Raflesia. Sepanjang jalan keluar dari Poring, ada banyak kawasan² bunga Raflesia membiak. Kami ambil peluang ni untuk tunjuk pada kiddos real live Raflesia sebab kalau di Semenanjung, kena hiking dalam hutan untuk tengok bunga terbesar ni. Tapi disini, berlambak belakang rumah penduduk di sini 😅. Cuma perlu bayar dalam RM5 sahaja untuk pergi tengok sebab masuk ke kawasan tanah orang kan 😁. 

Pitstop kedua pula, rumah panjang orang Rungus - Bavanggazo nama dia. Ada satu lagi rumah panjang Maranjak yang terletak 2km dari sini tapi kami skip yang tu sebab nak kejar sunset di tempat lain.

Plan asal kami, nak tidur di rumah panjang Bavanggazo ni. Tapi last minit kami tukar plan. Satu bilik tidur dalam rumah panjang ni RM50 untuk satu malam. Peralatan dalam bilik basic (tilam dan kelambu). Bilik air sharing kat luar. Boleh ambik pakej dengan meals. Kalau kena dengan masa, siap ada tarian tradisional orang Rungus sekali. Seronok dengar tentang kehidupan orang Rungus di rumah panjang ni. Boleh cuba next time.


Melihat bunga Raflesia

Bunga raflesia sedang berkembang. Tuan tanah sini siap explain pada kiddos yang bunga raflesia jenis yang ni ambil masa 9 bulan dari putik sebesar guli sampai lah besar dan hanya ambil masa 7 hari sahaja hidup bila dah kembang sebelum mati. It teaches kiddos something about life how struggling bunga ni nak tumbuh just to bloom 7 days and die.

Kiddos and Raflesia

Kalau nampak sign ni just stop and ask around. Ada lah bunga tu kat tepi² area sini 😊

Ini salah satu bilik dalam rumah panjang Bavanggazo. Senibina rumah ni masih menggunakan seni bina dahulu. Lantai buluh, dinding nipah/kulit kayu, peralatan masyarakat Rungus zaman dahulu semua ada disini.

Setiap keluarga dalam kaum Rungus akan tingga di dalam satu bilik. Meraka akan tidur dan memasak dalam bilik ni. Anak perempuan akan tidur bersama parents dalam bilik. Anak lelaki pula tidur di luar bilik.

Alat mengisar bijirin 

Amarr dan gong

Panjang rumah ni.. kukuh, luas dan selesa




Beli cenderahati


 

No comments: