Sunday, February 20, 2022

Sabah roadtrip : Pendakian Kinabalu

Awal kiddos bangun pagi ni. Pukul 6 pagi dah siap dengan baju hiking. Cuma mummy yang lambat sebab unpack & repack berkali². 

Pujul 7 pagi kami drive ke Liwagu untuk breakfast sebelum menuju ke pejabat ranger untuk pendaftaran mendaki kinabalu dan dapatkan tag nama. Kaunter pendaftaran dibuka pukul 7.30 pagi.

Kami ambil 2 guide dan satu porter: Naga, Wilson & Jaswinder. Syarat mendaki Kinabalu adalah 5 orang dewasa mesti diwakili 1 guide. Manakala kanak² mestilah ada guide yang berasingan. Walaupun dewasa cuma mummy dan daddy sahaja, kami tetap kena ada guide yang berasingan untuk kiddos atas faktor keselamatan. Satu guide RM230 

Kami ambil khidmat porter sebab barang² kami agak berat (14kg). Ikutkan, mummy dan daddy boleh ja pikul sampai puncak tapi sebab kami fikirkan nak bergilir dukung Aleesya, maka lebih senang ambil khidmat porter. Bayaran porter untuk berat beg 10kg le Laban Rata RM130. 

Ada lagi kos² lain untuk mendaki Kinabalu ni seperti entrance fee, transport fee untuk bawa hiker pergi dan keluar dari Timpohon gate dan paling penting penginapan di Laban Rata yang MESTI dibuat lebih awal sebelum ke Sabah. Range harga penginapan di atas antara 200++ ke 400++ satu malam untuk seorang.

Sementara daddy parking kereta dan tinggalkan di luar Kinabalu Park, mummy pergi checkout hostel. 

Proses pendaftaran kami agak mengambil masa sebab kalau ikutkan kanak² bawah 12 tahun tak boleh mendaki Kinabalu. Tapi Sabah Park bagi pengecualian pada kami pada hari tu sementara update new SOP yang membenarkan semula kanak² bawah 12 tahun mendaki Kinabalu.

Akhirnya pukul 9.30 pagi baru kami dilepaskan menaiki van ke pintu masuk Timpohon trail. Rupanya memang dah lama kanak² tak menaiki Kinabalu. Ariff, Amarr dan Aleesya antara yang pertama mendaki Kinabalu semula. Memang semua jadi perhatian sebab yang mendaki gunung ni semuanya orang dewasa. 

Pukul 10pagi kami mula mendaki Kinabalu. Kiddos nampak excited. Baru 15 minit hike, seorang guide kami Naga terjatuh kebawah titi berhampiran air terjun Carson. Rupanya dia tak berapa sihat hari tu. Luka² juga di tangan dan kaki. Naga minta maaf tak dapat teman kami dan minta diri untuk kembali ke HQ Park. Kami ok ja. Lagipun, kami masih ada Wilson dan Jaswinder. Dan ini bukan kali pertama kami hike Kinabalu. Dah banyak kali. 

Perjalanan diteruskan semula diceriakan oleh Aleesya yang tak berhenti² berceloteh. Selepas 1.5km hiking,  cuaca semakin mendung, berkabus dan angin kuat, Aleesya mula mengadu sejuk. Mummy suruh Ariff dan Amarr pakai rain jacket untuk halang angin dan kurangkan sejuk. Aleesya pula, daddy letak dalam Deuter Kids Carrier. Tak sampai 5 minit Aleesya dah tertidur dalam tu. 

Daddy bawa Aleesya dari km1.5 hingga ke km3.5. Jauh juga. Kuat daddy. Tapi disebabkan cuaca semakin mendung, pergerakan kami pun agak lambat dan terbatas. Dengan kabus tebal dan hampir hujan, Wilson dan Jas offer untuk bawa Aleesya. Masa ni, kami fikir nak cepat sampai di Laban Rata ja. Ariff dan Amarr pula langsung tak kelihatan sebab jauh didepan. Mereka lagi laju dari kami.

Wilson start bawa Aleesya dari km3.5 hingga ke Laban Rata. Laju dia jalan. Berat Aleesya yang 18kg tu seolah macam tiada apa. Kami juga mula melajukan langkah untuk kejar Wilson, tapi dia dengan mudah tinggalkan kami jauh di belakang (note: bayaran porter untuk bawa kanak² adalah RM300 per kilometer -  mahal sebab bawa nyawa, bukan barang)

Kami berjumpa dengan Ariff dan Amarr semula di km5. Hujan mula gerimis. Wilson dan Aleesya memang tak nampak bayang dah. 

Pukul 5 petang, kami berempat berjaya sampai di Laban Rata. Sampai ja di pintu masuk cafe, kami nampak Wilson melambai² dari depan dormitory. Aleesya tengah bermain atas katil, katanya. Mereka dah sampai lebih awal. Dan hujan pun turun selebat²nya masa tu.  

Alhamdulillah Alhamdullilah Alhandullilah
Terima kasih Allah. Kami berjaya sampai ke sini dalam keadaan selesa dan selamat.

Di dalam cafe, tak sempat mummy nak ambilkan buffet makanan untuk kiddos, kami dah dikerumun oleh ramai pendaki yang kagum tengok kiddos. Semua excited nak berbual dengan kiddos dan ucap tahniah. Maybe sebab mereka je kanak² kat situ 😅. Lama juga kami habiskan masa dicafe sebelum beredar masuk bilik penginapan sebab ramai nak bergambar dengan kiddos 😅 Ariff dan Amarr tersipu². Aleesya pula excited jadi perhatian. Dia yang paling kecik kat situ.

Lepas makan, kami beransur masuk ke bilik penginapan. Kami suruh kiddos bersihkan diri dan tukar baju untuk hiking tengah malam nanti. Mereka semua tidur dengan snow jacket dan pakai glove. Sebelum tidur, kami beri veloxin untuk elak AMS dan oksigen (kami bawa portable oxsigen can). Heat patch pun kami letak dalam jacket masing² untuk pastikan kiddos sentiasa warm.

Lepas pastikan tahap kesihatan kiddos dan persiapan semua tip top, baru mummy tidur. Tengah baring², mummy terkejut tengok daddy berdiri atas katil. Daddy solat atas katil rupanya. Tergelak mummy. Lantai sejuk agaknya. Memang sejuk pun sebab kat luar masih hujan lebat. 


Breakfast di Liwagu


Di Kinabalu HQ Park

Cuaca yang cerah sampai view Kinabalu nampak jelas pagi tu.


Kinabalu, kami datang!


Pitstop di pondok Kandis

Di km 1



Km 2.5, daddy start carry Aleeaya

Guess who we met in the Crocker Range? The legend che khalil. Last hike with him was at the Bintang Range where we did the Trans gunung 4 Bintang 16 year ago. Happy to see good old friend still active climbing like us. 
Can u find Aleesya in the picture? 😁

Take 5. Mengejar Wilso dan Aleesya masa ni


Jumpa Ariff dan Amarr hours after that


Last 700 meter to Laban Rata


Finally at Laban Rata cafe


 

No comments: