Friday, February 25, 2022

Sabah roadtrip : The most northern tip of Borneo

Akhirnya setelah berjam-jam drive dari Poring ke Kudat, kami sampai juga tempat yang dituju, pitstop ketida dalam hari ni : The most northern tip of Borneo. Last month pegi the most southern tip of South East Asia kan (Tanjung Piai), now kat Borneo Sabah pula pula.. 🥰

Dalam GPS dan internet, tulis tempat ni dibuka 24 jam. Tapi tidak ok. Masa kami sampai pintu tempat ni dah ditutup. Tak ada sign board tulis kenapa. Laluan masuk pun just ditutup guna zink sahaja. Frust mulanya, tapi kami tengok ada ramai juga yang masuk ke dalam kawasan ni ikut pintu sebelah tepi. Mummy tanya orang situ, boleh masuk ke? Dia kata boleh. Mummy skeptikal mulanya, tapi masuk je lah. Jauh kut kami drive nak kesini.

Cuna kalau ada yang plan kesini dalam masa terdekat, tak payah lah. Kawasan ni memang tak terjaga langsung. Pondok rehat retak dan bangku semua hancur, pokok² sekeling mati, sampah bertaburan merata, even sepanjang jalan dari simpang masuk ke sini banyak rosak, berlopak-lopak dan tak terjaga. Maybe sebab PKP 2 tahun jadi tak ada orang datang jaga tempat ni kut. Sayang sangat tempat pelancongan yang cantik terbiar begini.

Kami tak sempat tunggu sunset sebab hujan turun lebat tiba² even cuaca cerah. Tak cecah tanah kami berlari patah balik ke kereta 😅😅. Basah kuyup semuanya.. haha.

Malam tu kami check in di the Tommy's Place (betul² tepi pantai) Tak sempat keluar kemana² sebab hujan lebat sungguh malam tu.


Monumen yang dah berlumut

Bergambar kenangan. Lepas ni maybe tak jejak sini lagi.

Tuuu.. hujung Borneo katanya..







Kami stay di kaqasan teluk depan pantai bawah tu.. cantik airnya.. hijau dan biru ❤

 

No comments: