Monday, February 28, 2022

Sabah roadtrip : Happy 14th Anniversary to us

Our last day in Sabah. Kidos pilih untuk stay dalam bilik dan bagi can pada mummy dan daddy ber candle light dinner malam tu. Thanks kids, you have given us the best memories for our 14th wedding anniversary at the top of gunung Kinabalu!

Here in gunung Kinabalu mummy met daddy for the first time 16 years ago. Bagai ada chemistry, kami mula berkawan rapat. Setiap minggu daddy mesti ada teman mummy masuk hutan setiap minggu, kadang sampai tujuh, lapan hari dalam hutan bersama². 

16 tahu dulu, dalam ramai² orang yang cuba pikat hati mummy, dalam ramai yang menaruh harapan, dalam ramai² yang mempunyai kerjaya tetap dan gaji tinggi, tapi mummy pilih daddy sebab dalam ramai² tu cuma daddy sorang je yang berani jumpa atuk dan minta izin nak pinang mummy. Daddy tahu mummy ramai peminat (cewah), tapi daddy gentlemen, daddy pikat hati atuk, moyang dan saudara mara mummy dulu. 

16 tahun kenal
5 bulan bertunang
14 tahun kahwin

Terlalu banyak dugaan terutamanya semasa long distance relationship semasa daddy duduk di Perak dari Ariff baby lagi. Kemudian daddy pindah Melaka masa Amarr lahir dan hanya dapat transfer ke KL semula bila Amarr berusia 6 tahun. Lama kan? We survive all that, no matter what.

Now Ariff dah 13 tahun. Amarr 12 tahun dan Aleesya 7 tahun. 

We are all still here, together, closer and stronger, insyallah. 

Semoga kita semua sentiasa menjadi orang sentiasa bersyukur dan sentiasa merasa cukup dengan apa yang kita ada. Aamiin.

Salam Israq Mikraj



Special thanks to Promenade hotel for the table set up and cake. We love it. 

 

No comments: