Kami sampai Kinabalu Park dalam pukul 2 petang. Cuaca mendung, berkabus tebal, lembap baru lepas hujan - sejukk! Nampak ada beberapa hiker yang baru menamatkan pendakian. Sempat lah mummy berbual tanya tentang cuaca di puncak Kinabalu. Cuaca teruk kata mereka, hujan dan kabus tebal.
Mummy take note. Dalam hati tak putus² berdoa supaya cuaca esok dan lusa berubah cerah dan tak hujan. Sebab mummy fikir, kalau mummy sendiri kalah bila hiking Kinabalu dalam keadaan basah dan suhu yang terlalu sejuk, apatah lagi kiddos. Jadi mummy doa banyak² minta cuaca cerah dan tak hujan.
Lepas checkin di kaunter SSL, kami terus drive dalam Kinabalu Park menuju ke bilik penginapan. Kami bermalam di Rock Twin. Kami ambil 2 bilik bersebelahan. Setiap bilik ada dua twin bed. Bathroom kat luar tapi sangat bersih dan ada water heater di sink dan bilik shower.
Kami habiskan hari ni dengan drive pusing² dalam Kinabalu Park dan tengok view Kinabalu di viewpoint. Itu lah kelebihan berkereta disini. Kalau tak, nak berjalan ke restoran pun dah berapa ratus meter jauhnya 😅
Pukul 4 petang, kami decide pergi makan malam lebih awal di restoran Liwagu sebab kat sini kan malam lebih cepat satu jam dari semenanjung. Pukul 6 petang dah gelap. Lagipun malam ni kiddos perlu tidur seawal yang mungkin untuk hiking esok.
Seronok habiskan masa berbual dan bermain dengan kiddos selepas dinner. Tengok gambar² bawah ni pun dah tahu betapa hepinya mereka ❤
Malam tu end up kami bawa 1 tilam dari bilik sebelah dan tidur sama² dalam satu bilik ja 😅😅. Kiddos seram kut bilik berdepan dengan hutan. Macam² bunyi ada.
Berambung lagi..
Note: Ada satu lagi restoran dalam Kinabalu Park, Balsam nama dia, tapi dah tutup - maybe sebab mco, tak ramai datang dan kos nak maintain restoran dalam hutan pun bukannya murah.
Bergambar depan bilik² kami
Duduk kat meja depan bilik ni malam² sangat tenang.. sejuk dan best. Teringat masa mummy mula² datang sini dan berjumpa dengan daddy tahun 2006 dulu. Macam ni lah suasananya. Sama² duduk berehat atas pelantar macam ni, borak² habiskan masa sebelum pendakian kewsokkannya. Cuma masa tu kami start mendaki dari trail Mersilau, bukan di trail Timpohon ni (note: Trail dari Mersilau dah ditutup)
Masa ni hujan gerimis. Sejukkk.
Borak² sambil layan minuman panas time sejuk² ni best
Sabah tea.. sedappp!
Dinner time!
Kiddos suka duduk kat Liwagu restoran ni. Cantik kata mereka.
Tengoklah masing² bergambar, macam² gaya.
Berlatar belakangkan gunung Kinabalu. Rezeki kami dapat view cantik sebab baru lepas hujan.
Ariff
Amarr
Aleesya
Nak bergambar berdua, tapi yang kecik tu tak kasi can
Mummy dan Ariff
Pendaki² cilik.
No comments:
Post a Comment