Thursday, February 24, 2022

Sabah roadtrip : Early dinner & checkin Poring Hotspring

Lepas turun dari Kinabalu daddy drive ke sini untuk early dinner sebelum menuju ke Poring, Hotspring. Mummy dah terbayang² nak rendam kaki dalam kolam air panas setelah berjam² hiking.

Sebelum kesini kami sempat tapau KFC untuk kiddos. Tapi tetap singgah kat restoran bas ni sebab unik. Saja nak bagi kelainan pada kiddos makan dalam restoran bas ni. Ada lebih kurang 5 biji bas mini disini yang dah diubahsuai jadi restoran. Kebetulan tak ramai orang, boleh lah tunjuk jakun sikit.. hihi

Lepas kenyang dan badan kembali bertenaga, kami teruskan perjalanan ke Poring Hotspring yang terletak kira² 50 minit drive dari Gunung Kinabalu. Poring ni masih di dalam kawasan Kinabalu Park, jadi kami tak perlu bayar enyrance fee untuk masuk ke sini. Hanya tunjukkan pass ID yang kami dapat semasa mendaki kinabalu dah memadai.

Kami sampai Poring pukul 9 lebih sebab GPS tersasar. Daddy dah perasan simpang masuk ke Poring tapi kami tetap ikut GPS sebab ingatkan jauh lagi. Rupanya GPS haywire. Kami terlajak 45 minit dari simpang pertama tadi. Terpaksa ikut rasa hati dan berpatah semula sebab GPS tak dapat detect location. Luckily kami pernah sampai sini dulu, jadi tak lah cemas sangat. Mind you, jalan² di kawasan ni takda lampu jalan. Gelap pekat.

Sampai di Poring, Mummy terus ke kaunter Sutera Santuary Lodge Poring untuk check in. Mummy suka stay di rangkaian Sutera Santuary Lodge dari dulu lagi sebab semua bilik penginapan sangat bersih dan kemas. Staff pun sangat² friendly.

Sayangnya kolam air panas tutup selepas pukul 7 malam. Jadi kami habiskan masa berehat dibilik sahaja.

Restoran ni betul² kat kaki gunung Kinabalu. View Kinabalu nampak jelas dari luar tingkap bas (tapi masa ni berkabus sebab hujan renyai)

Our dinner - sedap juga.

Masing² cuba jadi driver bas






Bilik kami dengan susun atur katil double decker. Mummy dah agak kiddos suka bilik ni. Sebab tu mummy pilih bilik ni awal² dalam Agoda. 

Masing² kepenatan tapi tak reti duduk diam turun naik katil ni

Happy kids happy family

No comments: