Bersemangat bangun pagi ni nak berendam air panas. Tapi sebelum tu kami ajak kiddos pergi hiking ke canopy walk. Rugi kalau datang sini tak naik canopy walkway ni tau. Sebab dia panjang dan bersambung². Tinggi pun iya sebab halfway jalan atas tu mummt rasa perut mummy kecutttt sangat. Tapi buat² berani depan kiddos 😅
Ada banyak tempat menarik dalam Poring ni, macam taman rama-rama, air terjun Kipungit, air terjun Langanan, botanical garden, gua kelawar etc. Air terjun Kipungit ambil masa dalam 15 minit hike dan dibuka pada pelawat dari luar. Air terjun Langanan pula ambil masa dalam 4 jam pergi dan balik. Kata staff disini air terjun Langanan paling cantik sekali. Dan hanya pelanggan yang menginap di Sutera Sactuary Lodge sahaja diberi kebenaran untuk hike kesana (beserta guide) secara percuma. Orang luar tidak dibenarkan melawat air terjun Langanan. Tapi kami tidaklah hike ke situ sebab kesuntukan masa. Next time maybe?
Kemudian kami habiskan masa berendam dalam kolam air panas. Kolam ni semuanya buatan manusia. Tapi air panas nya disalurkan dari mata air panas yang bersebelahan. Lega badan dapat berendam lama² dekat sini.
Good morning dari Poring.
Last mummy bergambar kat sini tahun 2006 dengan daddy. Masa tu baru kenal daddy, pergi pun ramai². Masih ada entry tentang trip tu dalam blog ni.
Hiking ke canopy walk cuma 15 minit sahaja
Masing² hiking pakai selipar ja.. haha..
Pondok Mangas, starting point ke canopy walkway.
Amarr dan Aleesya paling ekcited kat sini. Ariff takut² sikit sebab makin lama makin tinggi jambatan gantung ni. Mummy yang awal berani pun makin lama makin jelly kaki, biarpun sebelum ni mummy pernah naik jambatan ni dulu.. hahaha
I want to go first, katanya. Memang tak tau takut langsung ini budak kecik
Yours truly
Show off her Kinabalu ID card. Ni dia selfie sendiri guna hp mummy
My Aleesya
My Amarr
Inilah kolam² buatan tu.. ada kolam private yang bertutup juga untuk yang tak mahu dilihat atau diganggu
Berehat kat kawasan rendam kaki. Syok rendam air panas ni
My Oppa! Harap AK tak meroyan. Jangan nak "Hi you" sangat k 😋
Tengoklah tu. Kolam kecik pun jadi
My Ariff
No comments:
Post a Comment