KENGKAWAN

Wednesday, March 21, 2018

Naluri seorang ibu

Semalam lalu kat laluan LRT Plaza Rakyat lepas habis kerja.

Macam biasa, mata dihadiahkan permandangan peminta2 sedekah sepanjang laluan berbumbung ni. Macam2 rupa, bangsa, umur dan jantina.

Pandangan aku terpaku pada seorang kanak2 perempuan dengan budak lelaki usia dalam 2 tahun. Budak lelaki tu menangis sambik menggaru2 kaki dan tangan. Dengan hanya memakai diapers dan tshirt lusuh dan kotor,  duduk pula atas lantai besi yang basah dan sejuk. Nampak sangat dia tak selesa.

Lapar ke dia? Sakit ke? Mana ibunya?

Berlari aku ke kedai dalam stesyen LRT. Belikan beberapa jenis air minuman dan makanan. Takut kalau2 dia kelaparan.  Kemudian berlari2 masuk semula ke laluan berbumbung LRT mendapatkan dia.

Aku bagi air, makanan, semua dia tak mahu. Tangisan dia makin kuat. Ohh anak. Ikutkan hati, hendak aje aku dukung dan peluk dia. Tapi aku takut tindakkan aku buat dia tak selesa dan meronta.

Aku usap belakang dia, rambut, tangan. Cuba tenangkan dia. Kaki comel dia berdaki dan penuh gigitan nyamuk. Aku gosok2 perlahan.

"Sakit ya, sayang? Nyamuk gigit?", tanya aku.
"Akit.. meow gigit". Jawapnya.

Wah dah pandai cakap. Macam Aleesya.

Aku toleh pada kanak2 perempuan lingkungan 7 tahun. Mana ibu? Katanya ibu pergi beli makanan dengan seorang lagi adik mereka.

Aduhai. Kasihan.

Tangisan budak lelaki tu dah reda tapi masih tersedu2. Masih hiba. Tiba2 seorang hambaAllah datang dan hulur toy hotwheel. Terus dia tersenyum.

Aku pula yang berterima kasih pada dia sebab berjaya hiburkan hati anak kecil ni. Sedikit rasa iri hati sebab aku hanya berjaya tenteram dia tapi hambaAllah tu mampu buat dia tersenyum dan tertawa. Semoga murah rezeki hambaAllah tu dan rezeki anak2 kecil ni.

Dirumah, aku peluk anak2 aku erat2. Semoga kalian sentiasa berada dibawah lindunganNya. Dan semoga kalian sentiasa menjadi orang yang bersyukur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...