KENGKAWAN

Sunday, March 11, 2018

Gula kabung somtam

Tak pasti apa nama gula somtam ni dalam bahasa Thai. Yang pasti, gula ni sangat susah nak dapat kat sini. Kalau pergi area utara, dekat2 dengan sempadan Thai, memang banyak dijual.

Disebabkan aku peminat Somtam & kerabu mangga, dan disebabkan nak beli somtam yang memenuhi piawaian tekak adalah sukar sekali, maka terpaksa lah belajar buat sendiri.

Actually kat KL ni, kalau pergi restoran Thai yang gah pun belum tentu somtam dia sedap tau. Harap mahal je lah.

Hujung tahun lepas aku ada order gula somtam ni kat gerai mek siam area foodcourt Permaisuri. Somtam dia pehhhh sedap sangat. Sampai kuah somtam tu aku hirup macam tu je tau. Sambil2 order tu tanya2 juga owner kedai bahan2 dia letak dalam somtam. Dari situ aku perhati & belajar resipi somtam ni 😉😉

Tapi lama juga lah nak dapatkan stok gula ni. Sebab akak tu kena balik kampung dia kat sempadan Siam nun semata nak restock gula ni. Haish, jauh betul.

Tadi lepas habis lari kat Bukit Jalil, aku singgah kedai ni sambil2 try luck tanya stok dah samai ke belum. Finally stok ada!! Yeayy boleh buat somtam sendiri! Dan part yang terharu, disebabkan kegigihan aku nak belajar buat somtam sendiri, akak tu kasi free je gula ni.

Hepi!!!!

Nantikan resepi pertama somtam aku pasni tau.. hihi. 😁😁😁

Gula ni warna dia kuning.. pekat sangat sampai bahagian yang kuning tu mendap dan agak keras.. yang cair warna coklat kehitaman tu gula yang cair.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...