Thursday, March 01, 2018

Orang kita

Bias orang kita:

Bila orang yang tak disukai bertambah kaya, katanya itu ujian Tuhan untuk buat si kaya terus alpa.

Dan bila orang kaya itu ditimpa bencana, itu balasan Tuhan kerana Tuhan murka.

Sebaliknya..

Bila mereka sendiri ditimpa bencana, katanya, Tuhan uji mereka kerana Tuhan menyayangi hambaNya.

Dan bila mereka dapat bahagia, dikata pula itu ganjaran atas kesabaran mereka.

Bias bukan?

Pernah kita tanya, sejarah hidup orang yang kita lihat sentiasa dilimpahi kemewahan tu? Mungkin separuh dari hidupnya sebelum ini di uji dengan ujian yang sangat dasyat yang tak terjangkau dek akal dan takkan termampu kita tanggung walau sedikit?

Siapa kita nak judge orang begitu dan begini? Itu kerja Tuhan. Kita bukan hakim. Halim pun belum tentu.

Begitu lah orang kita bila penyakit hati sebati dalam hidup mereka.

😊😊

No comments: